Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Dengarlah Diari

Dah lama juga ya, aku tak bercerita kepadamu wahai Diari... tentang kisah suka, duka dan pengalaman pahit dan manis yang aku lalui setiap hari. Tak tahulah samada aku ini benar-benar sibuk ataupun saja buat-buat sibuk dan kadang-kadang aku sendiripun tak faham apa yang aku sibukkan tu....yang aku tahu aku sangat sibuk dan tak cukup masa...."mengalahkan PM pula aku nikan". Minggu lepas aku sibuk dengan harijadi Abang dan Ayahanda. Minggu sebelumnya pula sibuk dengan harijadi bonda. Jumaat lepas pula aku kurang sihat, biasalah orang perempuan....' Hari Sabtu pula sibuk dengan appointment kat Salun kat Siti...anak-beranak dengan facialnya. Hari Ahad pula berhempas-pulas di rumah, akulah emak dan aku jugalah orang-gaji. Semua kerja rumah perlu dibereskan, daripada kain-baju hinggalah segala-galanya aku sajalah yang dipertanggung-jawabkan. Dulu aku ingat bila anak-anak dah besar-panjang, ringanlah sikit tanggung-jawab sebab ada yang membantu tapi sebaliknya pula, sema