Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

PERGINYA SEORANG PATRIOT - ALLAHYARHAM HAJI ABDUL RANI MOHD HUSSAIN

Jam 3:00 petang, tanggal 12 Julai 2011, Abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di No: 645, Jalan Syed Zainal, Pokok Assam, Taiping, Perak. Abah telah pergi untuk selama-lamanya setelah bertahun-tahun lamanya Abah berjuang dengan semangat patriot yang ada padanya untuk terus hidup di samping orang-orang yang amat Abah sayangi. Hari ini genap seminggu Abah telah meninggalkan kami, hati kami masih bersedih mengenangkan pemergian Abah, walaupun kami redha tapi kami redha dalam keterpaksaan. Aku amat rindukan Abah dan aku rasakan aku masih belum mampu untuk menjadi seorang menantu yang baik kepada Abah sepanjang 17 tahun ini. Aku tak berkesempatan untuk memohon maaf dari Abah untuk kali terakhirnya untuk setiap dosa-dosa yang mungkin telah aku lakukan tanpa aku sendiri sedari dan mungkin pula menyinggung perasaan Abah. Hatiku sedih bila mengenangkan yang aku juga tidak mampu untuk mengembirakan hati Abah di saat-saat akhir hayatnya. Masih terlalu banyak