Skip to main content

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi.


Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi. 

Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin

Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin menjadi isteri yang menyedapkan pandangan mata suami pada setiap saat.  Menjadi tempat mengadu pada saat dia mengalami keresahan,  menjadi pendegar yang paling setia pada setiap luahan kata-katanya dan menjadi hakim yang paling bijaksana pada saat dia khilaf.  Aku ingin menghabiskan sisa-sia umurku di sampingnya dan aku  juga  ingin menjadi isteri yang mendapat redha suami pada saat berakhirnya umurku.

Sebagai ibu, aku ingin memberi dan melakukan yang terbaik untuk kedua-dua anakku.  Aku mahu melihat mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing dan aku juga ingin melihat mereka memiliki jodoh dan pasangan yang baik serta amat menyayangi mereka setanding kasih-sayang aku terhadap kedua mereka.  Aku hanya ingin melihat mereka berjaya dalam urusan dunia dan akhirat.

Sebagai anak kepada ayah dan emak,  aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka pada setiap masa dan Insyaallah aku ingin menghantar mereka menunaikan haji & umrah dengan hasil wang dari titik-peluh aku sendiri.  Selain itu aku ingin memberikan mereka semua yang terbaik  dan sempurna eg; makan, pakai & tempat tinggal selagi masih ada hayat mereka.    Tanpa mereka tak mungkin aku dilahirkan ke dunia ini dan tanpa mereka tak mungkin aku berjaya dan bahagia seperti sekarang.  Di usia muda mereka,  telah banyak mereka bekorban untuk kami adik-beradik, maka aku berdoa agar Allah s.w.t memberikan aku kesempatan untuk berbakti kepada ayan dan emak di penghujung usia mereka ini.



"APAKAH YANG SAYA INGINKAN 10 TAHUN DARI SEKARANG"

1)  Menjadi seorang penulis bebas yang berjaya dan menghasilkan buku-buku motivasi best-seller

2) Menjadi usahawan yang berjaya dalam perniagaan eg: memiliki sebuah  spa  dengan konsep Bali  untuk  semua muslimah tanpa mengira latar-belakang, kedudukan atau status kewangan.  Aku inginkan sebuah SPA yang mampu dikunjungi oleh semua Muslimah untuk sentiasa cantik dan sihat.


4) Berpeluang mengerjakan Haji bersama suami dan  anak-anak serta menjadikan Umrah  sebagai agenda melancung keluarga pada setiap tahun selain daripada  melancung ke  negara-negara lain.

6)  Memperbanyakkan sedekah dan menyumbang untuk apa juga yang dapat memberikan kebaikan kepada Ummah.   Eg:  Pusat penjagaan anak-anak yatim, remaja bermasalah ataupun persatuan  ibu-ibu tunggal bagi memulakan kehidupan baru.

7)  Menjadi seorang insan yang Kaya dan Berjaya serta membantu memberikan manafaat serta menambah nilai dalam kehidupan orang lain

8)  Memiliki sebuah MPV mewah eg:  Toyota Wellfire @ black

9)  Memilik sebuah banglo rehat di kawasan dusun, di tepi sungai @ air terjun

Semoga Allah s.w.t akan mempermudahkan aku dalam mengapai semua Impian aku ini.

Amin. Ya Rabb.



Comments

Popular posts from this blog

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi