Skip to main content

Muhammad Irfan Harraz bin Razanan








Aku ingin berkongsi di blog ini tentang cerita orang-orang kesayangan aku. Anak sulong aku iaitu Muhammad Irfan Harraz bin Razanan atau lebih mesra dengan panggilan Irfan atau Abang telah diputerakan pada 27 April 1995 di salah sebuah Pusat Pakar Perbidanan yang terkenal di bandar Sungai Petani pada waktu itu. Berat Irfan pada waktu di lahirkan adalah 3.5kg dan dia dilahirkan melalui kaedah pembedahan.

Tak dapat aku gambarkan perasaan gembira di hati aku dan suami bila dia dilahirkan. Maklumlah pengalaman pertama bergelar Ummi dan Abah. Kegembiraan yang tak dapat diungkai melalui perkataan. Aku pasti semua ibu dan bapa di luar sana juga pasti melalui saat yang manis seperti diri aku sendiri.

Kini Irfan sudah menjangkau usia 14 tahun, dah besarpun.....anak Ummi ni. Irfan menuntut di Sek Men Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani di tingkat 2. Pada mulanya Irfan tinggal di asrama tapi tak sampai seminggu aku keluarkan dia dari asrama. Biasalahkan kami anak beranak mana pernah berpisah sebelum ni, seminggu dia tak ada di rumah terasa sangat sunyi dan setiap malam sewaktu tidur aku menangis kerana rindukan dia. Setelah puas fikir dan tanpa berbincang dengan suami aku terus ke sekolah dan membuat permohonan keluar asrama. Selepas itu setiap hari terpaksalah aku keluar kerja seawal 6:30 pagi menghantar Irfan ke sekolah kerana jarak di antara rumah aku dan sekolah adalah lebih kurang 30 minit perjalanan. Selepas menghantar Irfan, aku akan menunggu sehingga jam 8:00 pagi sebelum ke pejabat kerana aku mula bekerja jam 8:30 pagi. Habis sekolah Irfan akan ke rumah ibu aku dan selepas kerja barulah aku jemput dia. Begitulah rutin aku setiap hari.

Mungkin ramai yang setuju dengan aku, selalunya anak sulong memang tak dinafikan banyak keistimewaan yang dia nikmati. Satu keistimewaan Irfan ni dia pandai mengambil hati orang, jadi selalunya apa saja permintaannya pasti akan tertunai juga. Selain pandai mengambil hati dia paling suka berjenaka dan buat kecoh di rumah. Ada kalanya tu naik angin juga aku di buatnya bila ada sesuatu benda yang kita minta dia tolong dia pasti berseloroh dulu.

Walau bagaimanapun aku amat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan pada aku dan suami anak-anak yang baik. Alhamdulillah.....'

Irfan sejak di dalam darjah 5 telah menunjukkan minat yang mendalam dalam permainan golf kerana suami aku memang bermain golf di waktu lapang. Kerana minat dan kesungguhan yang ditunjukkan maka aku dan suami terus memberikan galakkan dan kini permainan golf Irfan sudah semakin meningkat baik dan tahap confident dia juga sudah semakin meningkat juga dengan menyertai pelbagai tournament yang di anjurkan oleh Kelab Golf di tempat aku tinggal. Aku tahu kegagalan untuk mendapat tempat yang baik sewaktu tournament peringkat sekolah-sekolah bagi seluruh negeri Kedah pada akhir bulan Februari lalu telah menyuntik semangat baru di dalam diri Irfan untuk lebih keras berlatih dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah pada aku tahap permainan Irfan sekarang sudah cukup untuk membanggakan kami. Akua selalu berkata pada Irfan..."Stay focus on what you desire and you will see your dreams come true" dan aku sering ingatkan dia, kat dalam dunia ni tak ada yang mustahil selagi kita tahu apa yang kita impikan. Setiap apa yang terlintas di minda baik positif ataupun negatif akan menjadi kenyataan kerana peranan minda sangat besar pengaruhnya pada diri setiap individu. Ada juga ketikanya dia cakap "takut" sebelum menyertai sesuatu tournament tapi aku dan suami akan berkata pada dia, "Insyaallah Abang boleh, yakin pada diri sendiri". Begitulah kami memotivasikan dia setiap kali dia kelihatan agak risau atau mengelabah sebelum sesuatu tournament.

Rasanya setakat ini dulu yang dapat aku coretkan tentang Irfan. Insyaallah di waktu lain aku akan ceritakan lagi perkembangan terbaru dia.

"Ummi sentiasa mendoakan agar satu hari nanti Abang akan menjadi seorang pemain golf yang berjaya dan terkenal di Malaysia setanding pemain-pemain terkenal dunia, Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi