Skip to main content

Nur Aisyah Asila binti Razanan


Hari ini aku ingin memperkenalkan seorang lagi orang-orang yang aku sayangi iaitu, puteri kesayangan kami sekeluarga.
Nur Aisyah Asila binti Razanan begitulah satu nama yang indah yang telah diberikan kepada puteri aku ini. Aisyah atau lebih mesra dengan panggilan 'Adik' di kalangan kami telah diputerikan di tempat yang sama dengan abangnya iaitu di salah sebuah pusat pakar perbidanan swasta di bandar Sungai Petani pada 10 June 1998. Adik baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 11 dua minggu yang lepas. Aku cuma mengaturkan satu birthday party yang simple bersama family yang lain. But still it was fund and memorable.
Sebagai anak yang bongsu daripada dua orang adik beradik, aku klasifikasikan adik sebagai anak yang manja dan selalu mahukan perhatian. Ada ketikanya dia sangat cemburu pada abangnya, walaupun sebagai ibu dan bapa, aku dan suami memang tak pernah membeza-bezakan kasih sayang di antara kedua-dua putera dan puteri kami. Tapi mungkin mereka masih belum dapat memahaminya lagi.
Di sekolah adik memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas dan banyak lagi jawatan-jawatan lain yang disandangnya. Agak aktif jugalah...yalah zaman sekarang cemerlang dalam pelajaran sahaja tapi tak aktif dalam kegiatan korikulum tak boleh so dua-dua kena balance. Setakat ini Alhamdulillah adik semenjak dari darjah satu hinggalah sekarang sentiasa maintain dalam pelajaran dengan mendapat tempat pertama di dalam kelas. Aku sentiasa berdoa dan berharap agar adik akan terus cemerlang di dalam pelajarannya dan impiannya akan menjadi kenyataan.
Sejak beberapa bulan ini adikpun telah menunjukkan minat yang sama dalam bidang golf seperti abangnya juga. Jadi aku dan suami memberi galakkan yang sepenuhnya kepada adik dengan harapan dia juga akan berjaya dalam permainan golf satu hari nanti, Insyaallah.
Setakat ini dulu tentang adik yang dapat aku kongsikan pada waktu ini. Insyaallah aku akan bercerita lagi di kesempatan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi