Skip to main content

Can We Be A Friend or Best Friend To Our Ex


Pagi ini sewaktu memandu ke tempat kerja seperti biasa aku akan mendengar siaran dari Lite & Easy. Aku gemar mendengar topik-topik menarik yang diutarakan setiap pagi dan pada pagi ini kedua-dua penyampai radionya mengajak pendengar berbincang tentang topik di atas. Response pendengar agak baik juga dan dapat di dengar kebanyakan yang mengutarakan pendapat mengatakan "TIDAK" dan hanya beberapa pendengar saja yang mengatakan "YA". Bagaimana pula dengan ANDA....adakah "YA" atau "TIDAK" ?



Untuk diri aku dan berpaksikan pendapat peribadi aku dan juga dari pengalaman peribadi aku sendiri. Jawapannya ialah "TIDAK". Pada aku selagi kita insan bergelar manusia yang punya hati dan perasaan...situasi begini tidak semudah yang di ungkapkan. Bak kata pepatah Inggeris, "it is easier to say than done". Aku pernah melalui situasi ini dan ternyata ianya tidak mudah seperti yang disangkakan.

Walau bagaimanapun demi menjaga hati semua insan-insan istimewa yang Aku sayangi dalam kehidupan aku pada ketika ini aku tak dapat untuk bercerita dengan panjang lebar.


Cuma nasihat dari aku untuk mereka-mereka yang mungkin sedang melalui situasi begini, 'Hargailah Apa Yang Kita Miliki Sekarang', Allah lebih mengetahui tiap sesuatu yang terbaik untuk kita, mungkin apa yang Allah takdirkan untuk kita di rasakan bukan yang terbaik untuk kita tapi sebenarnya itulah yang TERBAIK untuk diri kita.


Kesimpulannya bagi diri aku, pasangan bekas kekasih tak mudah dapat menjadi sahabat atau sahabat karib kerana perhubungan itu masih akan bersandarkan pada kenangan


Aku akhiri coretan kali ini dengan quote di bawah, apakah pedapat anda tentang quote ini?


"A MAN IS LUCKY IF HE IS THE FIRST LOVE OF A WOMAN, A WOMAN IS LUCKY IF SHE IS THE LAST LOVE OF A MAN"



Sejauh mana kebenaran kata-kata di atas adalah terpulang kepada persepsi dan penilaian individu itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi