Skip to main content

Lumut - Bandar yang menggamit ketenangan














LUMUT.
Pada musim cuti sekolah yang lepas aku dan suami telah membawa putera dan puteri kami ke Lumut. Sebetulnya kami pada mulanya merancang untuk menghabiskan cuti di Taiping aje rumah mak mertua aku, maklumlah kadang-kadang kami jarang dapat menghabiskan waktu bersama-sama kedua ibu dan bapa mertua aku tu. Tiba-tiba saja secara spontan idea ke Lumut muncul dan suami akupun mengiyakan saja, jadi diapun mempelawa abang sulongnya untuk bersama-sama kami ke Lumut memandangkan kakak iparnya juga sedang bercuti dari kursus di Ipoh.
Sebetulnya dah lama juga aku dan keluarga tidak ke Lumut jadi teruja jugalah melihat pembangunannya, lebih-lebih lagi di persisiran jeti ke Pulau Pangkor. Aku memang gemar sekali dapat berjalan di persisiran laut di bandar Lumut itu sambil melepak di tembok yang di bina di sepanjang jalan yang menghadap ke laut lepas, terasa aman dan damai. Indah sekali ciptaan ALLah swt. Pada aku bandar Lumut ini amat sesuai jika di jadikan tempat tinggal setelah pencen nanti, tidak terlalu sibuk dan tidak pula terlalu sepi. Pendek kata just nice.
Pada masa aku dan family di pekan Lumut dapat di lihat begitu ramai pengunjung yang berkunjung ke situ dan tidak kurang ramainya orang yang kelihatan baru pulang dari Pulau Pangkor dan juga ingin ke Pulau Pangkor. Aku berharap pada kunjungan yang akan datang ke Lumut, aku akan punya kesempatan membawa anak-anak ke Pulua Pangkor memandangkan kami tidak pernah membawa anak perempuan kami ke Pulau Pangkor.
Sebelum meninggalkan pekan Lumut kami sempat jugalah membeli hasil laut untuk di bawa balik dan sempat juga berposing dengan abang ipar, kakak ipar dan anak-anak. Dari Lumut kami ke Teluk Batik, sebab anak-anak dan anak-anak buah dah tak sabar-sabar hendak mandi laut, makanya aku, suami, abang ipar dan kakak ipar cuma berihat di tepi pantai sambil berbual dan melihat gelagat anak-anak yang asyik bermain pasir dan berenang. Sebetulnya aku memang jarang bawa anak-anak aku mandi laut sebab aku rimas melihat badan mereka melekit dan dipenuhi pasir bila mandi laut. Walau bagaimanapun aku yakin anak-anak memang gembira, walaupun ianya cuma kunjungan yang singkat.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi