Skip to main content

Rumah Orang Tua Tanpa Waris - Kg Paya, Kuala Muda, Kedah
















Kalau sebelum ini aku menulis dan bercerita tentang kehidupan ibu-bapa yang uzur di Happy Retirement Home di Kepala Batas, maka hari ini aku ingin berkongsi kisah suka dan duka warga emas yang tinggal di Kampung Paya, Kota Kuala Muda.
Kisah warga emas tanpa waris ini kalau tak silap aku pernah di tayangkan oleh TV3 tapi aku dah lupa tarikhnya tapi yang aku ingat ianya di tayangkan selepas peristiwa Tsunami yang berlaku di Kuala Muda, Kedah.
Aku dan rakan sekerja melawat ke Kampung Paya dan kami di layan mesra oleh seorang mak cik yang peramah dan dia lebih di kenali dengan panggilan mak su di kalangan penghuni di situ. Di kawasan itu terdapat lapan buah rumah yang dibina daripada kayu yang pada penilaian mata aku agak kecil dan semakin uzur keadaannya. Aku menganggapnya kecil kerana di bahagian atas itulah ruang tamu dan di situ jugalah ditempatkan sebuah katil bujang, manakala di bahagian bawahnya hanyalah sebuah dapur dan bilik air. Terdapat 8 buah rumah disitu yang jika dilihat kayu-kayunya sudah mula menjadi santapan anai-anai. Rumah-rumah tersebut di bina oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penghuni di situ menerima sumbangan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan tersebut untuk menampung kehidupan seharian mereka. Dengan sumbangan itu juga mereka makan, minum dan terpaksa pula menjelaskan bil api dan air.

Tak dapat hendak aku gambarkan bagaimana dengan jumlah yang kecil itu terpaksa mereka gunakan semua keperluan seharian dengan keadaan ekonomi sekarang yang serba-serbinya mahal. Pada aku kehidupan mereka amatlah daif, kedudukan rumah juga jauh dan tiada pengangkutan awam. Menurut mak su, untuk mendapatkan ikan segar mereka harus keluar sehingga ke pekan Kota Kuala Muda dan jika ada yang sakit demam mereka meminta bantuan daripada penduduk kampung berhampiran yang mempunyai kenderaan dan mereka terpaksa membayar kosnya. Ada di antara penghuni di situ yang menjalankan kerja sambilan mengopek ikan bilis yang tidak seberapa upahnya dan ada juga yang mengambil upah menjemur ikan kering untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Walaupun ianya adalah penempatan untuk orang tua-tua tanpa waris tetapi ada juga di antara mereka yang mempunyai anak namun tidak lagi tinggal bersama. Ada dua orang mak cik yang tinggal di situ cacat penglihatan, jadi aku tak dapat hendak gambarkan bagaimanakah mereka menguruskan diri mereka sendirian tanpa penglihatan dan tanpa sesiapa yang dapat membantu. Sungguh sedih melihat keadaan mereka.
Mengunjungi tempat-tempat begini sering membuatkan aku merasa insaf dan bersyukur ke hadrat Illahi untuk semua rezeki, kesenangan, kemewahan, harta-benda, kesihatan, keluarga yang bahagia, suami yang penyayang, anak-anak yang pintar dan baik. Aku amat bersyukur dengan limpahan nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t untuk diri aku dan keluarga. Ameen.
Aku berharap kepada sesiapa yang sudi, kunjungilah Rumah Orang Tua Tanpa Waris di Kampung Paya, Kuala Muda ini dan hulurkanlah bantuan bagi meringankan bebanan mereka agar mereka juga dapat hidup selesa dan menikmati kegembiraan seperti kita.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi