Skip to main content

My Teenage CHAMP







Dah lama tak membuka blog ini dan dah lama juga tak pernah menulis. Hai...macam mana nak jadi freelance writer ya...kalau nak update blog sendiripun "MALAS". Jawapan paling standard ialah "BZ" tapi tak taulah betul-betul "BZ"kah atau "BZbody"...' Bila baca blog Siti Fatimah hati rasa sungguh teruja...wah begitu banyak hasil tulisannya..tak tau bila aku boleh jadi seperti dia. Walaupun dia pernah menasihatiku "Tulis, Tulis dan Menulis, Insyaallah pasti boleh..." tapi bagi aku yang mood menulis seperti air yang pasang surut ni, janji tinggal janji sajalah nampaknya.

Hari ini aku ingin kongsikan tentang pengalaman kami sekeluarga semasa putera aku terpilih mewakili negeri Kedah untuk kejohanan GOLF MSSM di Seremban Internation Golf & Country Club pada 16 hingga 18 March 2010 yang lepas. Ini merupakan pertandingan GOLF paling besar dan penting yang pernah dia ceburi sepanjang pembabitannya dalam sukan GOLF ini. Bagi aku dan suami pula inilah merupakan pengalaman kami yang pertama dapat turut berjalan bersama-sama di dalam golf course mengikuti putera kami ini. Tentang cuaca tak payah nak di ceritakanlah, berpanas dari jam seawal 7:30 pagi hinggalah hampir 3 petang, letih terpaksa berjalan 18 lubang juga tak dapat nak diceritakan lagi perit dan penatnya, tapi demi memberi sokongan kepada si putera kami lakukan juga dan segala penat, panas dan lesu seluruh anggota kami ketepikan sahaja, yang penting sokongan moral untuk si Putera.

Hari pertama pertandingan scorenya agak bagus dan kami sungguh gembira, tetapi hari kedua tak tau di mana silapnya permainannya hancur lebur, walaupun di wajah suami tergambar rasa keciwa tetapi aku sebagai ibu terus meniupkan kepada si putera untuk cuba memperbaiki permainannya di hari ketiga, aku katakan padanya yang lepas dah lepas biarlah cuba yang terbaik untuk final day.

Dalam kekeciwaan itu aku sempat sms kakak angkat kesayangan aku yang sentiasa saja ada masa dan sentiasa saja bersedia membantu tatkala aku memerlukan bantuan ataupun nasihat dan seperti biasa diapun memberikan tips yang dapat di gunakan oleh si putera bagi menangani masalah tidak confident, takut dan forbir. Ternyata tips yang diberikan itu begitu efektif dan si putera bermain dengan score yang baik pada hari terakhir itu tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana hari kedua permainannya telah hancur, tapi walau bagaimanapun aku dan suami tetap bersyukur dan gembira kerana dia menduduki tempat ke 10 untuk keseluruhan under 15 bagi Malaysia. Untuk aku yang memang buta tentang GOLF itu sudah merupakan ranking peribadi terbaik untuk si putera.

Namun begitu dalam kegembiraan itu aku tetap merasa sedih kerana apabila aku memberitahu kakak angkat aku yang aku berada di Seremban tapi memang aku tak sempat ke Melaka, dia merasa kecil hati. Aku faham tapi aku tak dapat nak berbuat apa-apa kerana memang keadaan langsung tak mengizinkan untuk kami ke Melaka pada masa itu, jadual si putera begitu ketat, kesuntukan masa dan masalah kesihatan suami dan macam-macam lagi. Aku pula kehilangan telefon pada hari ketiga di SIGCC dan bila aku e-mail minta no phone darinya sehingga kini dia masih belum membalasnya jadi aku tahulah memang kakak aku ni betul-betul berkecil-hati dengan aku tapi apakan daya aku. Yang mampu aku lakukan hanyalah dapat berkata "I am very sorry".

Begitulah berakhirnya episod di Seremban International Golf & Country Club,

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi