Skip to main content

Selamat Hari Jadi Sayang


Selesai saja solat Suboh,seperti hari-hari kebiasaannya, aku mula sibuk menyiapkan diri untuk bergegas ke tempat kerja. "Kenapa ya, sejak seminggu dua ni, aku asyik lambat saja bertolak ke tempat kerja?", "Hari ini aku kena cepat, dah letih tergopoh-gapah setiap pagi", bisik hati kecilku. Sebelum ini aku akan pastikan yang aku akan sampai ke tempat kerja sebelum jam 8:10 pagi dan aku punya sekurang-kurangnya 20 minit untuk bersantai sebelum jam pada mesin 'punch-card' berdering sebagai tanda bermulanya waktu bertugas iaitu 8:30 pagi. Dalam pada aku sedang asyik melayani mindaku yang sedang mencari jawapan tentang kelewatanku bertolak setiap hari ke tempat kerja sejak akhir-akhir ini.

Tiba-tiba saja lamunanku itu tersentak, dalam keadaan aku yang sedang tergopoh-gapah untuk memastikan yang aku tidak lewat lagi pada hari itu, aku terdengar suara si puteri memanggil-manggil namaku dari dalam biliknya dengan pertanyaan cepumasnya bertanyakan kepadaku..."Umi, Umi dah lupakah hari ni hari jadi siapa? takkan Umi dah lupa kut hari ni dah berapa haribulan?" Soalan dari si puteri yang bersungguh-sungguh.

"Astagfirullah...Umi lupalah!" jawabku kepada si puteri. "Apalah Umi ni, harijadi anakpun tak ingat!", habis tu tadi sebelum Abang ke sekolah, Umi tak 'wish' dialah, balas si puteri seolah-olah tidak berpuas-hati dengan jawapanku dan mulalah mulut comelnya itu mengomel itu dan ini kepadaku sebagai tanda tidak berpuas-hati terhadap kealpaanku. "Umi betul-betul terlupalah Adik", kataku pada si puteri sambil aku menunjukkan raut kekesalan di wajah. "Habis tu Adik dah beli hadiahkah untuk Abang?" tanyaku kepada si puteri. "Mana beli lagi, tulah sebabnya semalam Adik ajak Umi keluar tapi, Umi kata Umi rasa macam nak demamlah, sakit kepalalah, kesian Abang tak dapat hadiah, dahlah tu Umi dengan Abahpun lupa harijadi dia", panjang lebar ngomelan si puteri kepadaku, sekali dengar macam kuliah Suboh bunyinyapun ada. "Ya lah semalam Umi rasa tak sedap badan, macam nak demam, lepas Umi tidur baru rasa ok sikit", aku cuba menerangkan kepada si puteri yang aku memang betul-betul tak sihat semalam.

"Apa dia yang pot-pet, pot-pet ni pagi-pagi Adik", kedengaran suara suamiku bertanya pada si puteri sambil dia berjalan menuju ke ruang tamu. "Umi ni semalam Adik ajak Umi pergi shopping nak beli hadiah Abang, tapi Umi kata dia nak demam dan pagi ni pula dia lupa yang hari ini harijadi Abang", komplain si puteri tentang aku kepada si bapa. "Oh hari ni harijadi Abangkah? Abahpun lupalah!", si bapa pula cuba mendapatkan kepastian dari si puteri. "Tadi, Umi ni Abahpun sama, tak ingat juga harijadi Abang!" si puteri mula mengeluarkan nada yang tidak berpuas-hati pada aku dan suami. "Adik, dah lewat nak pi sekolah ni, nanti petang kita sambung isu ni ok", si bapa mencelah sebelum si puteri menyambungk kuliahnya lagi pada pagi itu.

"Tak apalah Umi, nanti malam kita keluar belikan hadiah dan celebrate birthday Abang ok," cadang si puteri kepadaku. "Ok, Insyaallah" jawabku pendek memandangkan si puteripun dah hampir terlewat ke sekolah yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit dari rumahku. "Bye Sayang...see you", sambil melambai tangan kepadanya yang mula bergegas berjalan laju menuju ke kereta.

Di dalam hati aku berkata, sebenarnya si-puteri mungkin tidak tahu, tak mungkin ada di dunia ini seorang ibu dan bapa yang melupakan tarikh hari lahir anak-anaknya, tetapi anak-anak setelah dewasa dan bekeluarga bukan setakat lupa pada tarikh lahir kedua ibu-bapanya, malah mungkin kedua ibu-bapanya itu juga di lupakan terus dek oleh kesibukan mereka mengejar kekayaan, impian dan cita-cita. Tatkala itu aku terkenangkan kepada wajah-wajah yang telah di mamah usia setiap kali aku berkunjung ke "Happy Retirement Home", sungguh menyedihkan bila mereka berkongsi kisah suka-duka dan kerinduan mereka kepada anak-anak mereka. "Ya Allah, semoga kedua-dua anak-anakku ini tidak akan pernah melupakan kami suami-isteri", aku berdoa di dalam hati.

Seperti yang dirancang di minda pada awalnya untuk tidak lewat ke tempat kerja pada pagi ini, ternyata impian menjadi kenyataan. Aku tiba awal dan tidak langsung tergopoh-gapah di jalanraya dan memulakan tugas seperti biasa. Selesai bertugas jam 6:00 petang, aku meninggalkan pejabat tepat pada jam 6:05 petang dan bergegas ke kedai kek dan mengambil kek yang sememangnya sejak awal lagi telah di tempah tanpa pengetahuan si putera dan si puteri. Setiba saja aku di rumah si puteri mula bertindak seperti pegawai kastam, satu-persatu beg yang aku bawa pulang digeledahnya sambil di wajah kelihatan begitu riang dan excited. "Cantiknya kek," komen si puteri sewaktu membelek-belek kek yang aku letakkan di atas meja makan.

Selesai solat Isyak, aku bergegas ke dapur untuk menyiapkan keperluan untuk makan-malam yang juga sambutan harijadi si putera. Ianya hanyalah jamuan keluarga di antara kami berempat sahaja dan aku hanya menyiapkan juadah secara ala kadar sahaja pada malam itu dan hampir kesemua juadah yang disediakan adalah makanan kegemaran si putera. Sebelum jamuan dimulakan suamiku menerangkan kepada si putera dan si puteri memandangkan esok adalah hari persekolahan jadi tak dapatlah harijadi Abang diraikan di luar dan Insyaallah cuti hujung minggu nanti dia akan membawa kami sekeluarga untuk makan malam di luar.

"Selamat Harijadi Sayang, Semoga Dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki, Diberikan Kesihatan yang Baik dan Semoga segala Impian menjadi Kenyataan, Ameen" Begitulah doa yang aku panjatkan kepada kepada si putera sebelum kek harijadi dipotong.
Aku memeluk si putera dan dahinya kucup lembut tanda kasih yang tak pernah berbelah- bagi seorang ibu terhadap anaknya.

Begitulah berakhirnya episod harijadi si putera pada tanggal 27 April 2010 yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi