Skip to main content

Artikel untuk Buaya Golf - Kegilaan Pemain Golf

KEGILAAN PEMAIN GOLF. Begitulah tajuk yang aku berikan kepada sebuah artikel yang pernah aku tulis dan kirimkan kepada Editor Majalah Buaya Golf hampir enam bulan yang lalu.
Hari ini sewaktu membelek e-mail yang aku terima, tiba-tiba mata aku terpaku melihat e-mail dari editor@buayagolf.... Alhamdulillah mereka akan mengedit tulisanku untuk dimuatkan dalam ruangan surat dari pembaca..aku merasa sungguh gembira...kerana selama ini aku sangkakan yang artikel yang aku tulis itu tidak bermutu untuk di muatkan di dalam majalah mereka...Ameen. Semoga tuhan makbulkan impianku untuk menjadi penulis bebas yang berjaya satu hari nanti. Insyaallah.
Inilah artikel yang telah aku tulis dan kirimkan ke majalah Buaya Golf.
KEGILAAN PERMAINAN GOLF

Satu ketika dahulu apabila mendengar orang bercakap tentang sukan golf, pastinya perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran aku ialah, ianya permainan untuk golongan elit ataupun ahli-ahli korporat dan mereka-mereka yang mempunyai status dan kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Maklumlah permainan golf ini memerlukan pelaburan yang agak mahal untuk membeli set golf dan juga yuran keahlian yang terpaksa dibayar untuk menganggotai sesebuah Kelab Golf juga agak mahal. Apakah benar permainan golf ini memang mahal untuk diceburi oleh masyarakat biasa ataupun peringkat pertengahan? Mungkin ianya benar tetapi semenjak akhir-akhir ini trendnya sudah bertukar, malah semakin ramai yang menggemari sukan yang berprestij ini terdiri daripada mereka-mereka dari kalangan professional peringkat pertengahan, kakitangan kerajaan, eksekutif muda dan juga pelajar

Aku sendiri tidak faham apakah keistimewaan sukan golf ini, selain dari kenyataan di atas, aku memang tahu untuk menceburi sukan ini seseorang pemain perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membayar yuran keahlian bagi menganggotai mana-mana kelab golf, selain itu penggemar sukan ini juga perlu melaburkan ribuan ringgit untuk membeli set golf dan juga aksesori golf yang agak mahal. Tetapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini mereka mempunyai pilihan untuk membeli set golf terpakai yang kini lebih mudah di beli di kedai-kedai golf yang harganya jauh lebih murah dan menjimatkan serta mudah pula didapati kerana hampir kebanyakan Pro-shop ataupun kedai golf ada menjual set golf terpakai di premis mereka.

Hanya satu perkara sahaja yang aku paling suka tentang sukan golf ini iaitu pakaian pemain-pemainnya. Boleh di katergorikan hampir semua pemain golf memang sentiasa menjaga keterampilan mereka kerana sukan ini menetapkan pemainnya haruslah mengenakan pakaian yang sentiasa nampak kemas dan sudah pastinya dengan pakaiana yang kemas maka para pemainnya akan kelihatan bergaya sekali walaupun pada waktu sedang bersukan.

Mungkin pada mereka yang tidak menceburi sukan ini tidak akan pernah memahami kegilaan seseorang pemain golf ini sehinggalah mereka juga turut melibatkan diri dalam sukan ini. Aku sendiri pernah tertanya-tanya di dalam hati, dimanakah letaknya keseronokan sukan golf ini selain daripada pemainnya perlu menghabiskan masa yang begitu lama dan puratanya melebihi dua jam, pukul bola, naik ‘buggy’, tercari-cari bola yang tersasar dan memasukkan bola ke dalam lubangnya dan rutin ini diulangi sehinggalah kepada lubang terakhir. Selain dari segi masa yang panjang yang terpaksa di luangkan, aku melihat sukan ini sebagai sukan yang tidak mencabar ataupun sukan yang tidak bertenaga. Mungkin bagi aku yang kurang arif mengenai permainan ini melihat cabaran yang disajikan oleh sukan ini tidak langsung setimpal dengan pelaburan yang terpaksa dikeluarkan untuk melibatkan diri di dalam sukan ini. Tetapi anggapan aku ini mungkin silap kerana apabila aku mula melakukan pemerhatian sendiri aku dapati sukan ini memang ada cabaran dan keunikannya yang tersendiri. Antaranya yang dapat aku catatkan di sini ialah; setiap pemain golf memang mempunyai kesungguhan untuk memperbaiki ‘swing’ mereka dari masa kesemasa. Ini dapat kita lihat ‘golfers’ akan berlatih untuk membetulkan hayunan atau ‘swing’ mereka di ‘driving range’ apabila mereka mula merasa tidak berpuas-hati dengan ‘swing’ mereka. Selain itu sukan ini juga memperlihatkan kejujuran diri sendiri kerana, di dalam permainan golf tiada hakim ataupun pengadil dan pemain hanya merekodkan markah mereka ke dalam ‘score card’ mereka sendiri dan disinilah ketelusan diri sendiri dapat dilihat kerana seandainya mereka menipu sewaktu merekod ke dalam ‘score card’. Itu bermakna mereka menipu diri mereka sendiri dan bukannya orang lain. Selain itu di dalam permainan golf tidak ada teman sepasukan yang boleh dipersalahkan apabila berlakunya kekalahan kerana semuanya bergantung pada diri sendiri dan markah yang telah direkodkan. Oleh itu aku berpendapat bahawa dengan bermain golf ini anda tidak mampu untuk menipu diri anda sendiri dan hanya mereka yang melibatkan diri dengan sukan ini yang akan memahami kegilaan permainan golf ini.

Seingkali apabila suami aku bertemu rakan-rakannya dapat aku perhatikan perbincangan akan menjadi semakin rancak jika teman yang diajak berbual itu adalah dari kalangan ‘golfers’ juga, tetapi seandainya yang menjadi teman berbual pada ketika itu tidak meminati sukan tersebut maka perbualannya kelihatan hambar, mendatar ataupun paling tidak, dia hanya diberikan senyuman yang sinis sahaja seandainya topik tentang permainan golf dijadikan topik perbualan.

Suatu waktu dahulu aku juga tidak tahu kenapakah permainan ini amat digemari oleh suami aku. Asal pulang dari kerja pasti dia terus ke Kelab Golf samada untuk bermain ataupun ke driving range. Cuti hujung minggu dihabiskan dengan bermain golf juga dan aku mula rasa bosan dan sering juga aku merungut dan meluahkan rasa tidak puas hati kerana dia terlalu banyak menghabiskan masa dengan bermain golf. Apabila tahap kebosanan aku telah sampai ke kemuncak aku sudah tidak lagi pernah bertanya samada dia akan bermain golf atau tidak pada cuti hujung minggu ataupun sekiranya ada cuti kelepasan am, kerana aku sudah dapat mengagak apakah jawapannya. Jadi kalau bercadang untuk kemana-mana aku haruslah menunggu sehingga aktiviti golfnya selesai. Setelah beberapa tahun melibatkan diri di dalam sukan ini suami aku mula mempengaruhi dan mengalakkan putera sulong kami pula untuk sama-sama melibatkan diri di dalam sukan golf ini dan dua-beranak ini semakinlah sering pula menghabiskan masa bersama-sama di padang golf.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila kami mula berpindah ke rumah yang didiami sekarang yang memang terletak dalam kawasan Kelab Golf di Kedah. Maka semakin menjadi-jadilah aktiviti golf dua beranak ini, tambahan pula hampir majoriti jiran-jiran aku juga bermain golf maka semakin sibuklah dua-beranak ini dengan aktiviti golf mereka. Akupun dah letih bertanya dan merungut, lagipun aku tahu kalaupun suami aku tiada dirumah dia hanya menghabiskan masa di padang golf yang hanya beberapa meter saja dari rumah dan itu lebih baik daripada aku tidak tahu dia kemana dan dengan siapa, jadi aku hanya berkata pada diri sendiri ‘sabor ajelah’.

Aku pernah mendengar seorang rakan pernah memberitahu aku, setiap permain golf pasti merasa kepuasan tersendiri di saat bola golf itu berhasil di masukkan kedalam lubangnya, dan kepuasan ini tidak dapat dilahirkan melalui kata-kata. Pada suatu hari suami mengajak aku menemaninya untuk bermain golf kerana kebetulan pada hari itu kedua-dua anak kami tiada di rumah kerana bermalam di rumah emak saudara mereka. Seumur hidup itulah pertama kali aku memasuki padang golf di tempat kediaman aku itu, Walaupun sudah hampir lima tahun aku tinggal di situ tetapi aku tidak pernah sekalipun memasuki padang golf tersebut, kalau adapun aku hanya ke Kelab House ataupun ke driving range menemani suami dan anakku yang ada ketikanya ingin memperbetulkan swing mereka melalui pukulan demi pukulan di driving range. Pada saat kali pertama memasukki padang golf tersebut hatiku mula berdetik, “Oh patutlah mereka suka menghabiskan masa di padang golf’, kata hatiku tatkala melihat kecantikan rumput pada ‘green’ tersebut dan apabila suamiku mula membuat pukulan pertama aku pula merasa teruja dan spontan pula berkata di dalam hati…’Huuh..not bad…..” sambil memandang ke arah di mana bola itu jatuh dan kemudian kami menaiki buggy menuju sasaran di mana bola itu jatuh dan aku turut sama mencari bola tadi dan setelah dijumpai maka suamipun meneruskan lagi pukulannya menuju ke arah ‘green’ yang lubangnya di tanda dengan tiang yang mempunyai bendera tiga segi pada hujungnya. Tiba-tiba terdengar suami berkata ‘on’, maksudnya bola tadi berlabuh di kawasan ‘green’ dan tak jauh pula dari lubangnya dan kemudian dengan mudah sahaja bola tadi telah dapat di masukkan ke dalam lubang kerana jaraknya yang agak dekat sewaktu pukulan sebelumnya. Dalam hati sempat juga aku berkata-kata, “heeem sengajalah tu nak tunjuk kat aku dia pandai main”. Rutin pukulan bola ini berterusan hinggalah ke lubang-lubang yang seterusnya dan terakhir. Tetapi sepanjang menemani suami bermain golf aku dapat merasai satu pengalaman yang hebat dan menarik tentang permainan golf kerana permainan ini menguji mental, fokus individu dan juga kesabaran. Sepanjang permainan itu ada juga ketikanya bola yang di pukul oleh suami aku tersasar jauh dan ada juga ketikanya bola tersasar ke dalam ‘bunker’ dan pada waktu bola dapat dimasukkan kedalam lubang aku mula dapat mengakui hakikat maksud ‘kepuasan’ yang sering bermain di bibir golfer.

Selain itu aku juga merasa amat tenang dan senang melihat dan menikmati keindahan padang golf itu sendiri. Pemandangannya sungguh indah dengan kehijauan pokok-pokok dan rumput-rumput yang di jaga dengan begitu cantik sekali dan selain itu terdapat juga beberapa buah kolam buatan yang dipenuhi dengan pokok-pokok teratai yang bunganya sedang berkembang begitu cantik sekali. Kolam-kolam ini sengaja di bina sebagai cabaran ataupun halangan dalam permainan ini dan di sinilah fokus dan kesabaran seseonga pemain itu di uji. Pada pendapat peribadi aku sendiri permainan ini sebenarnya mengajar pemain untuk lebih fokus pada hala tujunya dan disamping itu permainan golf itu sendiri menguji kesabaran pemain-pemain itu sendiri. Apabila pukulan yang dipukul mengenai target yang disasarkan wajah golfers sering kelihatan riang ataupun lebih tepat lagi bangga, tetapi setelah beberapa kali hayunan dan pukulan di buat tetapi bola masih lagi belum mendekati lubang maka wajah ceria mula berubah maka disinilah perlunya kesabaran.

Saranan aku, kepada golfers yang sering dileteri oleh isteri-isteri yang tidak pernah tahu akan keseronokan atau kepuasan permainan golf itu, bawalah si isteri untuk menemani anda dan mungkin selepas itu dia akan memahami kenapa anda begitu asyik apabila berada di padang golf dan mudah-mudah mereka tidak akan merungut lagi apabila anda mengatakan yang anda akan bermain golf pada setiap cuti hujung minggu. Mungkin juga ianya boleh dijadikan aktiviti tahunan bagi anda dan isteri kerana ianya akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anda suami isteri dan banyak masa dapat diluangkan bersama tanpa gangguan anak-anak dan banyak pula perkara dapat dibincangkan semasa beberapa jam bersama itu kerana pada waktu itu anda dan isteri tidak perlu memikirkan hal-hal lain kerana itu merupakan masa yang paling berkualiti bersama pasangan anda. Percayalah ianya memang suatu pengalaman yang menarik tatkala sama-sama mencari bola, melihat arah bola dan berteka-teki dimana bola itu akan jatuh dan sama-sama mencari ‘angel’ yang tepat untuk bola di masukkan ke dalam lubang.

Aku pernah berpendapat satu ketika dahulu yang pemainan golf ini menjarakkan hubungan aku dan suami serta anak-anak kerana begitu lekanya suami aku di padang golf tetapi setelah pengalaman pertama menemani suami aku ke padang golf maka persepsi tersebut bertukar, malah aku dapati permainan golf ini sebenarnya mampu untuk mengeratkan lagi hubungan di antara suami dan isteri.

Tulisan oleh :
Zanna Ibrahim
Sungai Petani
Kedah Darulaman

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi