Skip to main content

PADA SAAT USIA TUAKU - Pesanan untuk anak-anak

Pesanan ini khusus untuk semua anak-anak:-

"Hargailah Dan Kasihanilah Kedua Orang-tuamu Selagi Hayat Mereka Masih Di kandung Badan Dan Berilah Kebahagiaan Kepada Mereka Di Saat Mereka Menghabiskan Sisa-Sisa Kehidupan Mereka"

Di sini aku kongsikan pesanan dari ibu & ayah untuk kita jadikan panduan :

Pada saat usia muda mula meninggalkan diriku,
Cubalah kamu untuk mengerti dan banyak-banyakkanlah bersabar dengan kerenahku.

Pada saat aku mula mengulang-ulang tentang sesuatu yang mungkin bakal membuatkan kamu merasa jemu atau jelak mendengarnya. Aku harap kamu dapat terus bersabar untuk mendengarnya dan janganlah pula menghentikan bicaraku itu kerana ketika kecilmu aku tidak pernah jemu mengulangi cerita-cerita yang telah aku ceritakan padamu hanya untuk melelapkan matamu.

Pada saat aku memerlukan bantuanmu untuk memandikan aku,
Janganlah kamu sekali-kali marah padaku kerana sewaktu kecilmu aku terpaksa menggunakan pelbagai cara hanya untuk memujukmu untuk mandi.

Pada saat aku tidak memahami tentang arus kemodenan serta kecanggihan teknologi,
janganlah pula engkau mempersendakanku atau mengejekku kerana sewaktu kecilmu dulu aku tidak pernah jemu-jemu menjawab kesemua soalan "mengapa" yang terpacul dari bibirmu.

Pada saat aku tidak mampu lagi untuk berjalan, hulurkanlah tanganmu serta papahlah aku seperti saat aku seringkalai memapahmu sewaktu kamu masih kecil agar kamu tidak terjatuh tatkala kamu masih lagi belajar untuk berjalan.

Pada saat aku mulai lupa butir-butir perbicaraan antara kita, kamu bersabarlah denganku dan berilah aku waktu untuk cuba mengingatinya kerana bagiku apa yang dibicarakan itu tidak penting tetapi setiap detik yang dilalui dengan adanya kamu disisiku itu adalah saat yang paling membahagiakanku.

Pada saat aku semakin dimamah usia, cubalah untuk mengerti dan memahami perasaanku. Peluk dan dukunglah aku seperti waktu aku sering cuba untuk memahami hati dan perasaanmu tatkala kamu mulai belajar tentang erti kehidupan.

Ingatlah semua pesananku ini
Pintaku agar kamu dapat menemaniku dalam menjalani sisa kehidupanku
Berikanlah aku kasih-sayangmu
Banyakkanlah bersabar dengan kerenahku
Sebagai balasan akan aku berikan senyuman penuh keikhlasan sebagai tanda kesyukuranku
Kerana di dalam senyuman ku itu terkandung semua perasaan cinta, kasih dan sayang yang tak pernah berbelah-bahagi untukmu, anak-anak yang amat aku sayangi

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi