Skip to main content

SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA

Hari ini aku telah menyiapkan artikel bertajuk "Sayangilah Anak-anak Kita" dan artikel tersebut telahpun aku kirimkan kepada editor Sinar Harian melalui e-mail.
Semoga ianya akan dimuatkan ke dalam akhbar tersebut. Insyaallah. Baca seterusnya....
-------------------------------------------------------------------------------------


Setiap seseorang anak yang telah dilahirkan ke dunia ini adalah merupakan amanah Allah s.w.t kepada kedua ibu-bapanya. Ibu-bapalah yang memikul amanah untuk mendidik, mengasuh, mendampingi, mengasihi serta membentuk perilaku anak-anak mereka menjadi insan-insan yang baik akhlak dan budi pekertinya.

Anak-anak yang dilahirkan ibarat secebis kain putih. Laksana cebisan kain putih, begitulah jiwa dan pemikiran anak-anak. Ibubapalah sebebas-bebasnya mencorakkan kain tersebut mengikut kepelbagaian warna dan reka-bentuk. Maka ditangan ibubapa jugalah terletaknya corak-corak dan warna-warna yang akan mengambarkan kehidupan masa depan anak-anak.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibubapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi ” (Riwayat Bukhari)

Oleh itu adalah menjadi tanggun-jawab ibubapa untuk menaburkan kasih-sayang kepada anak-anak mereka dan mengajarkan semua ilmu dunia dan akhirat agar ilmu tersebut mampu menjadi benteng ataupun perisai dalam melayari kehidupan mereka kelak. Berdoalah yang baik-baik untuk anak-anak kita kerana doa para ibubapa adalah doa yang paling mustajab di sisi Allah s.w.t.

Berdoalah untuk anak-anak kita sewaktu mereka masih di dalam kandungan lagi kerana anak-anak sebenarnya mewarisi sikap dan perlakuan ibubapanya sewaktu masih di dalam kandungan lagi. Jadi seandainya ibubapa sayangkan anak-anaknya maka haruslah mereka menjaga perlakuan mereka selain daripada sentiasa memanjatkan doa di samping memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

Seandainya ibubapa terlalu sibuk dengan urusan keduniaan sehingga mengabaikan perkara-perkara di atas maka tidak mustahil zuriat yang bakal dilahirkan nanti akan membesar menjadi individu tidak seperti yang ibubapa tersebut harap-harapkan. Oleh iti ibubapa tidak boleh menyalahkan atau melenting terhadap anak-anak apabila mereka melakukan perkara-perkara yang tidak kita gemari atau sukai kerana semenjak mereka di dalam kandungan lagi kita telah gagal untuk mendidik mereka untjk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Janganlah pula ibubapa berbuat zalim kepada anak-anak sedangkan kita sendiri telah menzalimi mereka semenjak mereka masih dalam kandungan lagi.

Menyayangi anak-anak bukanlah sekadar memberi ataupun memenuhi setiap permintaan, keinginan dan keperluan mereka tetapi menyayangi anak-anak juga adalah melalui pendidikan ilmu agama yang harus diberikan kepada mereka sebagai bekal di masa hadapan. Anak-anak wajib di ajar untuk mengenal “Penciptanya” agar mereka akan mendapat berkat dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Hanya anak-anak yang soleh dan solehah sahajalah yang akan menjadi warisan yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kedua ibubapanya. Oleh itu sayangi dan kasihanilah anak-anak kita kerana mereka itu lahir dari rasa kasih dan cinta kita. Janganlah mereka dipersalahkan dengan perlakuan yang mungkin mengeciwakan kita kerana kitalah yang harus dipersalahkan kerana kita telah membentuk acuan itu untuk mereka. Didiklah anak-anak dengan pegangan dan asas agama yang kuat, agar mereka menjadi insan yang berguna pada kedua ibubapanya, Negara dan juga masyarakat.

Daripada
Rozaina Ibrahim
Sungai Petani
Kedah Darulaman
28 Oktober 2010

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi