Skip to main content

Dodol DoDol

21 August 2011.

Alhamdulillah semalam aku dah siap mengemas keseluruhan rumah sebagai menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Aku tidak keseorangan kerana kedua putera dan puteri turut membantu meringankan tugasku. Jadi semua table cloth dan perhiasan yang aku beli semasa berkunjung ke Beijing bulan May dulu aku keluarkan. Heeem cantik sekali.....maklumlah beli dari luar-negara dan kualitinya not bad.....walaupun barangan dari China.

Selain mengemas, aku anak beranak juga sempat memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker yang telah lama aku beli tapi hanya menggunakannya sekali-sekala sahaja.

Alhamdulillah, walaupun ini merupakan percubaan pertama aku, tapi dodol yang aku buat itu sunguh enak rasanya dan berkilat cantik sekali. Heem.....masa-masa macam ni rasa tak rugi pula aku membeli pressure cooker tersebut walaupun harganya agak mahal sedikit. Dalam masa 30 minit saja dah siap masak dan dimasukkan ke dalam bekas dan telahpun di agih-agihkan kepada ibu, jiran dan adik beradik aku yang lain. Mereka tak percaya aku pandai kacau dodol....tapi aku tak cakaplah aku gunakan pressure cooker.

Anak lelaki aku, Irfan yang tolong aku mengacau dodol tersebut, masa tu dia pula riuh menyanyikan lagi Hari Raya...heem terasa meriah sekali, dalam hati aku berkata,'macam ni baru ada suasana hari raya'. Tapi sayang, aku lupa ambil gambar untuk upload dalam blog ini...sebagai bukti mission kacau DODOL aku dah berjaya.

Insyaallah, malam ini aku nak try buat pulut kacau pula dan dapatlah aku agih-agihkan sekali lagi untuk ibu, jiran dan saudara aku.

Insyaallah, Jumaat ni aku dah nak balik ke Taiping, rumah mak mertua so mungkin aku juga aku cuba buatkan dodol dan pulut kacau di sana pula.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi