Skip to main content

Nabi Muhammad s.a.w





Semalam hariku berlalu seperti biasa cuma bezanya semalam aku lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja luar di Pulau Pinang. Mujurlah dah lebih 2 minggu kita berpuasa jadi keletihan taklah begitu terasa sangat. Semalam akupun tak sempat masak beli saja dari Restoran Hailam. Apa lagi anak-anakpun berseleralah makan sebab yang dibeli semua favourite mereka.

Selepas selesai solat dan berehat sambil menonton tv. Dari satu chanel ke satu chanel aku tukar kemudian aku terlihat di kaca tv chanel TV9, "sebentar lagi - Halaqah Sentuhan Qalbu". "Oooh dah lama juga tak berkesempatan tengok rancangan ni," bisik aku di dalam hati. Topik yang di bincangkan oleh pengacara pada malam itu, Nota-Balung Ayam, dari seorang anak muda yang berhijrah untuk mencari dan mengenal dirinya sendiri. Kemudian disusuli pula slot oleh trainer dari ESQ yang setiap kali bila aku dengar pasti akan membuat aku terkedu dan merasa diri kita ini terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kesilapan yang kita lakukan sepanjang hidup kita. Semalam trainer tersebut menyentuh tentang biografi Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah mendengar bait-bait ucapan yang diungkapkan beliau tentang kisah kehidupan Baginda yang yatim sejak dilahirkan dan kemudiannya piatu di usia yang sangat muda, semua orang-orang kesayangan Baginda pergi meninggalkan Baginda satu persatu dan di usia remaja Baginda telah mula belajar untuk berdikari dan menguruskan diri sendiri. Subhanallah tak dapat hendak aku mengambarkan, hati aku turut merasa sedih. Tapi Engkau Manusia Hebat Ya Rasullullah, Engkau Manusia Agong yang memang patut dicintai dan disayangi oleh sekalian umatmu. Tapi berapa ramaikah mereka di luar sana yang berbuat begitu, berapa ramaikah yang melaksanakan segala sunnahmu.

Ya Rasulullah, Aku Sayangkanmu dan Semoga Aku tergolong di dalam kumpulan mereka yang melaksanakan segala sunnahmu.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi