Skip to main content

AKU BERSUMPAH, AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

ALHAMDULILLAH !!!!!!!!!! syukur kerana akhirnya Allah swt telah mempermudah bagi diriku untuk menghadiri satu seminar yang betul-betul telah membuka minda aku. Aku percaya dengan ilmu, semangat dan keyakinan diri yang baru ini aku berhak menjadi Kaya dan Berjaya bagi menambah nilai untuk kehidupan orang lain.

Semua ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan selama tiga hari itu sungguh bermakna buat diri aku, malah aku dapat merasakan betapa ikhlasanya dan betapa bersungguhnya DAO untuk melihat lebih ramai jutawan tumbuh di bumi bertuah ini. Tak mungkin ada seseorang multi-milionaire yang mungkin sanggup bersusah-payah seperti beliau untuk menaik-tarafkan kehidupan orang lain, tapi Alhamdulilla prinsip beliau "The more you give and the more you get" telah berjaya meletakkan diri DAO di tempat yang selayaknya untuk beliau.

Selain itu DAO juga menekankan kepada semua peserta untuk kaya dan berjaya adalah penting untuk kita menjaga perhubungan, bukan setakat perhubungan di antara kita dengan Allah swt Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, malah kita wajib menjaga perhubungan dengan kedua ibu-bapa kita, kerana menurut beliau sebesar apapun usaha dan kejayaan kita tanpa menjaga dan mengutamakan hubungan kita dengan ibu-bapa kita, maka kita tetap tidak akan mencapai kejayaan dalam apa juga bidang ataupun pekerjaan yang kita usahakan. Selain itu kita perlu juga menjaga perhubungan dengan orang-orang yang sangat kita sayangi di sekeliling kita. Kita harus juga belajar untuk memohon maaf dan juga memberikan maaf. Dalam hidup kita mungkin tidak mampu untuk pleased everyone tapi at least kita masih boleh cuba untuk berbuat baik pada semua orang. Ameen

Hari kedua dan ketiga sangat-sangat memberikan keinsafan di hati aku, apatah lagi bila mengenangkan pengorbanan kedua ibu-bapa terhadap aku dan adik beradik yang lain, apatah lagi pengorbanan itu mungkin tidak pernah di ambil kisah atau tidak pernah di bayangkan selama ini. Betapa pentingnya juga memperkukuhkan kasih-sayang diantara kita suami-isteri, anak-anak, adik-beradik dan juga orang di sekeliling kita. Kasih sayang yang mungkin telah kita abaikan selama ini tanpa kita sedari. Thanks Dr kerana menyedarkn diri yang alpha ini. Semoga aku kini hidup penuh dengan kasih dan sayang untuk hari ini, esok dan selama-lamanya. Saat yang juga membuatkan aku tersentuh ialah, semasa sessi membayakan bagaimanakan kita mahu orang lain mengingati kita setelah kita mati, bagaimanakah kita mahu orang mengingati kita adakah dengan hanya meninggalkan kenangan-kenangan yang indah tentang diri kita, kebaikan tentang diri kita serta tutur kata kita ataupun perbuatan kita, ataupun mungkin sebaliknya. Insyaallah.

Last but not least, Aku Sayang Diriku, Aku Bangga Dengan Diriku, maafkan aku kerana selama ini aku telah mengabaikan diriku dan aku juga telah menzalimi diriku sendiri. Thank you..... Thank you Dr kerana telah meberikan aku kesedaran, terima kasih kerana telah memberikan aku keinsafan, terima kasih juga kerana telah menyedarkan aku tentang kasih sayang dan terima kasih juga untuk semua ilmu yang telah diperturunkan selama tiga hari itu. Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayahnya untuk kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat kelak. Ameen

AKU SUMPAH, AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA
AKU KAYA DAN BAHAGIA

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi