Skip to main content

MY 31 DAYS CHALLENGES


Pada pertengahan tahun 2012 aku dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar telah mencabar diriku sendiri dengan "Cabaran menulis selama 31 hari".  Tapi setelah tahun 2012 melabuhkan tirainya dan tahun 2013 mengamit, cabaran itu masih tinggal cabaran .........bak kata orang "cabaran di atas kertas"...  Hai tak tahulah bila dapat di laksanakan....Sibuk sangatkah aku ni atau memang aku yang tak pandai menggunakan masa yang telah dikurniakan Allah swt selama 24jam untuk setiap umat manusia di atas muka bumi ini.

Yang pasti tahun 2013 ni aku sekali lagi sibuk kerana Princess aku akan menduduki peperiksaan PMR, maka jadual aku sebagai menteri pengangkutan ke kelas tuisyen masih lagi menjadi jawatan tetap untuk aku pada tahun ini. 

Aku HARUS menyahut cabaran aku ini dan aku mesti melakukannya kerana "AKU BOLEH".................


Cabaran 1 - Apakah yang mendorong aku untuk menulis blog ini


Cabaran 2 - Kenapa aku menulis dan memilih nama blog ini "Diari hati Ummi"

Cabaran 3 - Kenapa aku mencabar diri aku sendiri dengan cabaran ini.
Cabaran 4 - Siapakah Aku dan gambar paling latest aku.

Cabaran 5 - Siapakah ahli keluarga aku dan gambar latest kami sekeluarga

Cabaran 6 - Luahan rasa kasih dan sayang aku terhadap kedua ibu-bapa aku

Cabaran 7 - Apakah impian aku

Cabaran 8 - Zaman persekolahan aku di sekolah rendah, menengah dan kolej

Cabaran 9 - Kerjaya pertama aku sehinggalah sekarang

Cabaran 10 - Apakah hobi aku di masa lapang

Cabaran 11 - Apakah masakan kegemaran aku

Cabaran 12 - Apakah habit yang aku tidak dapat buang dari diriku

Cabaran 13 - Gambar kenangan ke tempat atau negara yang pernah aku lawati

Cabaran 14 - Apakah goal jangka pendek aku yang aku ingin capai secepat mungkin

Cabaran 15 - Apakah lagu-lagu kegemaran aku yang paling aku suka mendengarnya di waktu aku gembira, sedih, suka atau duka....

Cabaran 16 - Siapakah sahabat-sahabat di sekeliling aku

Cabaran 17 - Rancangan TV atau Radio yang aku gemar

Cabaran 18 - Apakah nama timangan aku

Cabaran 19 - Gambar kenangan yang buat aku sangat gembira

Cabaran 20 - Siapakah idola yang aku kagumi

Cabaran 21 - Siapakah orang yang ingin aku lupakan dari ingatan aku

Cabaran 21 - Surat untuk seseorang yang pernah membuatkan hatiku sangat terluka

Cabaran 22 - Apakah kerjaya impian aku

Cabaran 23 - Seandainya aku menjadi jutawan apakah yang ingin aku lakukan

Cabaran 24 - Dalam masa beberapa bulan ini apakah yang aku belajar tentang kehidupan

Cabaran 25 - Apakah barang yang wajib ada di dalam hand-bag aku

Cabaran 26 - Sejak beberapa bulan ini siapakah atau apakah yang telah membuatkan aku merasa sangat bangga

Cabaran 27 - Adakah aku gembira dengan kehidupan aku sekarang?

Cabaran 28 - Adakah aku selesa dengan berat-badan aku sekarang?

Cabaran 29 - Siapakah orang yang paling aku sayang tapi telah meninggalkan aku

Cabaran 30 - Gambar aku dengan kawan-kawan

Cabaran 31 - Apakah yang mendorong aku untuk menulis blog ini


Insyaallah....Ameen

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi