Skip to main content

THE POWER OF SELAWAT

THE POWER OF SELAWAT

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Begini ceritanya,

Ada sorang pemuda ni, dulunya kaya Raya kemudiannya jatuh muflis lingkup dan hanya sehelai sepinggang. Penuh dengan hutang. Setiap hari mesti ada yang datang ke rumahnya menuntut hutang.

Jadi pemuda miskin ni pun pergi berjumpa dengan seorang lelaki kaya dan meminjam wang sebanyak 500 dinar untuk membayar hutang.

Dan berjanji akan membayar hutang 500 dinar tu minggu depan.

Tapi bila tarikhnya sampai, pemuda miskin tadi tak mampu nak tunaikan janjinya.

Jadi orang kaya tadi mengheret pemuda miskin ni ke muka pengadilan.

Namun sebab tak mampu membayar hutangnya, hakim ni perintahkan pemuda miskin dipenjarakan.

Pemuda miskin amatttt sedih. Dia memohon tempoh satu hari. Nak berjumpa isterinya dah berjanji akan datang kembali kepada hakim besoknya.

Hakim bertanya "Apa jaminan yang kamu akan kembali esok untuk dipenjarakan".
.
Pemuda miskin menjawab "Jaminan ku, Muhammad Ya Rasulullah. Jika aku mungkir janji maka aku bukanlah dari kalangan umat baginda"
.
Hakim pun melepaskan pemuda miskin pulang selepas mendengar jaminannya atas nama Rasulullah.
.
Bila tiba di rumah isterinya terus bertanya "Duhai suamiku, sudahkah kanda di bebaskan?"
.
Pemuda ini menjawab "Aku diberikan sehari atas jaminanku."
.
"Siapa jaminannya?" Soal isteri pemuda miskin ni.
.
Pemuda lantas menjawab "Rasulullah saw."
.
Mendengar hal tu si Isteri ni tadi mengajak suaminya menghabiskan semalaman mereka dengan berselawat ke atas baginda. Berselawatlah mereka sampai tertidur.
.
Dan dalam tidur tu Rasulullah datang kepada pemuda tadi. Rasulullah memerintahkan pergi berjumpa dengan seorang alim ketika tu dan minta orang alim itu selesaikan hutangnya.
.
Terkejut pemuda miskin ni. Mana mungkin tiba-tiba ada seorang alim mahu melangsaikan hutangnya, sedangkan mereka tiada hubungan saudara bahkan tak saling mengenali pun!
.
Memahami kerisauan si miskin ni tadi, Rasulullah kirimkan kepadanya dua benda.
.
Pertama, sampaikan Salam kepada orang alim itu.
.
Kedua, katakan kepadanya setiap malam dia berselawat kepadaku sebanyak 1000 kali dan tak pernah sekali pun terlupa.

Tapi semalam orang alim ini tiba-tiba terlupa bilangan selawatnya. Katakan kepadanya selawatnya kepadaku semalam cukup 1000 kali seperti malam-malam sebelumnya.
.
Sebaik saja terjaga, pemuda miskin ni terus mencari orang Alim yang di maksudkan Rasulullah.
.
Apabila mendengar cerita pemuda ni tentang mimpinya, menangis teresak-esak orang alim ni. Ternyata selawat beliau selama ni sampai bahkan diterima oleh Rasulullah. Bahkan Rasulullah mengirimkan Salam pula kepadanya melalui lelaki ini.
.
Orang alim ni kemudian menyerahkan wang 500 dinar untuk melunaskan hutangnya si pemuda miskin ini. Bahkan dia menghadiahkan pulak 2500 dinar lagi sebagai saguhati kepada pemuda tu.
.
Bersegeralah pemuda miskin ni pergi menghadap sang hakim.
.
Sebaik saja nampak lelaki miskin ni datang kepadanya, sang hakim terus memeluk lelaki miskin tu. Sambil menangis teresak-esak.
.
Terima kasih kerana kamu Rasulullah datang ke dalam mimpiku. Hutangmu itu aku lunaskan sebab Rasulullah berjanji padaku andai aku lunaskan hutangmu maka Rasulullah sendiri akan menjamin aku di akhirat kelak. Aku lebih memilih jaminan Rasulullah tentunya dari dinar yang tak akan ku bawa ke dalam kubur pun.
.
Ketika itu jugak orang kaya tiba dan mendengar perbualan mereka.
.
Belum selesai perbicaraan mereka, saudagar kaya tadi pulak muncul dengan mata merah kesan menangis. Dia justeru terus memeluk lelaki miskin ni sambil berkata, aku ikhlaskan hutang 500 dinar tu tak perlu kau bayarnya. Kerana Rasulullah datang dalam mimpi ku semalam dan menjanjikan redhanya ke atasku dunia dan akhirat sekiranya aku ikhlas merelakan hutang itu ke atasmu..😭
.
MashaaAllah. Hanya kerana selawat satu malam. Hutangnya Lunas. Bahkan dapat lagi hadiah wang yang berganda-ganda.
.
Percayalah dan yakinlah Rasulullah mendengar dan terima selawat kita kepada baginda. Walau apa jua keadaan kita berselawat pada baginda.

Wassalam.

Kredit kepada 
🌹T.me/tipsmewahrezeki

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi