Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup. Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi. Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya. Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan Allah pada setiap masa. Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah. Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat dan setia pada suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku. Aku juga ingin men
Sibukkan tanganmu dengan pekerjaan dunia, sibukkan hatimu dengan mengingat Tuhan. Bantulah Aku Ya Allah untuk Berhijrah Menuju Illahi
Comments
Post a Comment