Selesai saja solat Suboh,seperti hari-hari kebiasaannya, aku mula sibuk menyiapkan diri untuk bergegas ke tempat kerja. "Kenapa ya, sejak seminggu dua ni, aku asyik lambat saja bertolak ke tempat kerja?", "Hari ini aku kena cepat, dah letih tergopoh-gapah setiap pagi", bisik hati kecilku. Sebelum ini aku akan pastikan yang aku akan sampai ke tempat kerja sebelum jam 8:10 pagi dan aku punya sekurang-kurangnya 20 minit untuk bersantai sebelum jam pada mesin 'punch-card' berdering sebagai tanda bermulanya waktu bertugas iaitu 8:30 pagi. Dalam pada aku sedang asyik melayani mindaku yang sedang mencari jawapan tentang kelewatanku bertolak setiap hari ke tempat kerja sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba saja lamunanku itu tersentak, dalam keadaan aku yang sedang tergopoh-gapah untuk memastikan yang aku tidak lewat lagi pada hari itu, aku terdengar suara si puteri memanggil-manggil namaku dari dalam biliknya dengan pertanyaan cepumasnya bertanyakan kepadaku..."Umi
Sibukkan tanganmu dengan pekerjaan dunia, sibukkan hatimu dengan mengingat Tuhan. Bantulah Aku Ya Allah untuk Berhijrah Menuju Illahi