Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Dari Dapur Umi

KISAH BISNES SAMBAL

Kisah di Sebalik Bisnes Sambal: Dari Dapur Kecil ke Impian Besar Setiap benda yang kita buat ada cerita di sebaliknya, kan? Sama juga dengan bisnes sambal ni. Bukan sekadar jual sambal, tapi nak kongsi rasa, nostalgia, dan kemudahan dengan semua orang yang suka makan sedap tapi tak ada masa nak masak lama-lama. Dari Dapur Sendiri ke Pelanggan Pertama Sebenarnya, semuanya bermula secara tak sengaja. Saya suka masak sambal untuk keluarga, dan ramai yang cakap "Eh, sedap ni! Kenapa tak jual?" Dari situ timbul idea – kalau mereka suka, mungkin orang lain pun akan suka juga. Jadi, dengan modal kecil dan semangat membara, saya pun cuba-cuba jual sambal dari rumah. Cabaran? Mesti Ada! Tak ada bisnes yang senang, dan saya pun rasa benda yang sama. Nak cari bahan yang segar, nak pastikan sambal tahan lama tanpa bahan pengawet, dan yang paling mencabar – nak yakinkan orang untuk cuba. Tapi bila tengok pelanggan mula suka dan repeat order, rasa penat tu hilang terus! Apa Bestnya Sambal ...

Chocolate Cheese Cake

Walaupun ‘baking’ adalah antara ‘passion’ yang memang tersemat dalam diri tapi telah lama di abaikan, bukan kerana  minat tu dah  pudar tapi alasan tak punya masa selalu mengukuhkan lagi hasrat untuk tidak membuat kek dan biskut. Tapi semenjak  terjebak menjual tepung kek segera, minat tu muncul kembali kerana setiap kali membuat kek hasilnya selain sedap, rupanya juga cantik dan sedap mata memandang, jadi semangat untuk ‘baking’ mulalah meluap-luap. Last week buat Chocolate Cheese Cake  yang di ajar oleh seorang rakan, menjadi pula dan En Suami pun bagi compliment sebab sedap, maka di hatipun berbunga-bungalah bangga.  Lumrah sebagai manusia kan memang suka di puji.  Semakin di puji semakinlah dia ingin menunjukkan kehebatannya Di sini akak kongsikan resepi yang sangat mudah  ini dan bahan-bahannya juga boleh di dapati di dapur sahaja. RESEPI :  CHOCOLATE CHEESE CAKE Bahan-bahan Untuk Membuat  Kek Cokelat : 1 cawan gul...