Skip to main content

Posts

Showing posts with the label DOAKU

SOLAT HAJAT UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH HUTANG

menjengah ke blog rakan2 & terjumpa ini....mungkin dpt memberi manafaat pd rakan2 yang lain

ALLAH

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan amal perbuatanku yang nyata, maka terimalah ratapanku. Engkau Maha Mengetahui keperluanku, kabulkanlah permohonanku. ... Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang terkandung dalam hatiku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah, aku ini memohon padaMu iman yang kekal yang melekat terus di hati, keyakinan yang sungguh-sungguh sehingga aku dapat mengetahui bahawa tiada suatu yang menimpa aku selain dari yang telah Engkau tetapkan bagiku. Redhailah aku terhadap sesuatu yang Engkau berikan kepadaku. Ya Allah, yang Maha Pengasih lebih dari segala yang berhati kasih sayang, Engkau adalah pelindungku di dunia dan di akhirat. Matikanlah aku dalam keadaan Muslim dan masukkanlah aku dalam golongan orang-orang yang soleh. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan di tempat kami ini suatu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, tiada suatu dosa pun kecuali Engkau lapangkan, tiada suatu hajat keperluan kecuali Engka...

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami,  Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka keti...

HANYA PADAMU... YA ALLAH

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM....' Sesungguhnya aku tak punya apa-apa kecuali apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku dan telah Engkau redhakan untukku. Kuatkanlah aku Ya Allah,  bantulah aku Ya Allah untuk memperbaiki diriku  dalam mencari redha dan kasih-sayangMu.  Bantulah aku Ya Allah untuk terus istiqomah untuk terus di jalan yang Engkau redhai.  Bantulah aku untuk memperbaiki ibadahku Ya Allah. Bantulah aku untuk menjadi hambaMu yg taat mengerjakan  setiap suruhanMu Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah untuk terus Istiqomah bersolat, berselawat, bersedekah dan bersabar dengan apa jua yang telah Engkau takdirkan untukku.  Tenangkanlah dan damaikanlah hatiku Ya Allah dan akhirilah kehidupanku dengan pengakhiran yang baik dan masukkanlah aku ke SyurgaMu tanpa hisab dan dengan RahmatMu Ya Allah. Amin Ya Raab