Skip to main content

HANYA PADAMU... YA ALLAH

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM....'

Sesungguhnya aku tak punya apa-apa kecuali apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku dan telah Engkau redhakan untukku. Kuatkanlah aku Ya Allah,  bantulah aku Ya Allah untuk memperbaiki diriku  dalam mencari redha dan kasih-sayangMu.  Bantulah aku Ya Allah untuk terus istiqomah untuk terus di jalan yang Engkau redhai.  Bantulah aku untuk memperbaiki ibadahku Ya Allah. Bantulah aku untuk menjadi hambaMu yg taat mengerjakan  setiap suruhanMu Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah untuk terus Istiqomah bersolat, berselawat, bersedekah dan bersabar dengan apa jua yang telah Engkau takdirkan untukku.  Tenangkanlah dan damaikanlah hatiku Ya Allah dan akhirilah kehidupanku dengan pengakhiran yang baik dan masukkanlah aku ke SyurgaMu tanpa hisab dan dengan RahmatMu Ya Allah. Amin Ya Raab





Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...