Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup. Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi.
Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.
Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya. Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan Allah pada setiap masa. Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah. Amin
Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya. Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan Allah pada setiap masa. Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah. Amin
Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat dan setia pada suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku. Aku juga ingin menjadi isteri yang menyedapkan pandangan mata suami pada setiap saat. Menjadi tempat mengadu pada saat dia mengalami keresahan, menjadi pendegar yang paling setia pada setiap luahan kata-katanya dan menjadi hakim yang paling bijaksana pada saat dia khilaf. Aku ingin menghabiskan sisa-sia umurku di sampingnya dan aku juga ingin menjadi isteri yang mendapat redha suami pada saat berakhirnya umurku.
Sebagai ibu, aku ingin memberi dan melakukan yang terbaik untuk kedua-dua anakku. Aku mahu melihat mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing dan aku juga ingin melihat mereka memiliki jodoh dan pasangan yang baik serta amat menyayangi mereka setanding kasih-sayang aku terhadap kedua mereka. Aku hanya ingin melihat mereka berjaya dalam urusan dunia dan akhirat.
Sebagai anak kepada ayah dan emak, aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka pada setiap masa dan Insyaallah aku ingin menghantar mereka menunaikan haji & umrah dengan hasil wang dari titik-peluh aku sendiri. Selain itu aku ingin memberikan mereka semua yang terbaik dan sempurna eg; makan, pakai & tempat tinggal selagi masih ada hayat mereka. Tanpa mereka tak mungkin aku dilahirkan ke dunia ini dan tanpa mereka tak mungkin aku berjaya dan bahagia seperti sekarang. Di usia muda mereka, telah banyak mereka bekorban untuk kami adik-beradik, maka aku berdoa agar Allah s.w.t memberikan aku kesempatan untuk berbakti kepada ayan dan emak di penghujung usia mereka ini.
"APAKAH YANG SAYA INGINKAN 10 TAHUN DARI SEKARANG"
2) Menjadi usahawan yang berjaya dalam perniagaan eg: memiliki sebuah spa dengan konsep Bali untuk semua muslimah tanpa mengira latar-belakang, kedudukan atau status kewangan. Aku inginkan sebuah SPA yang mampu dikunjungi oleh semua Muslimah untuk sentiasa cantik dan sihat.
4) Berpeluang mengerjakan Haji bersama suami dan anak-anak serta menjadikan Umrah sebagai agenda melancung keluarga pada setiap tahun selain daripada melancung ke negara-negara lain.
6) Memperbanyakkan sedekah dan menyumbang untuk apa juga yang dapat memberikan kebaikan kepada Ummah. Eg: Pusat penjagaan anak-anak yatim, remaja bermasalah ataupun persatuan ibu-ibu tunggal bagi memulakan kehidupan baru.
7) Menjadi seorang insan yang Kaya dan Berjaya serta membantu memberikan manafaat serta menambah nilai dalam kehidupan orang lain
8) Memiliki sebuah MPV mewah eg: Toyota Wellfire @ black
9) Memilik sebuah banglo rehat di kawasan dusun, di tepi sungai @ air terjun
Semoga Allah s.w.t akan mempermudahkan aku dalam mengapai semua Impian aku ini.
Amin. Ya Rabb.
Comments
Post a Comment