Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Motivasi Kehidupan

Kejarlah Akhirat

Jangan cari dan kejar dunia . Neraka itu dikelilingi nikmat dunia . Kejar dunia maka kita akan penat . Cakaplah byk tentang akhirat walau dalam lawak jenaka dan gurauan kita sekalipun (jgn smpai menghina agama) . . Sahabat nabi dulu selalu tanya iman mereka . Iman anda apa khabar hari ini ? Tak solat subuh pun Allah masih bagi rezeki dan nafas . . kredit : safiey ilias

Kegembiraan & Ketenangan

Kegembiraan dan ketenangan bukan datang dari wang ringgit. Malah trillion ringgit pun x mampu beli secebis kegembiraan. . Kegembiraan dalam khazanah Allah, mintalah pada Allah. Gembira dunia Gembira akhirat. kredit : Sheikh Sulaiman

SOMBONG keee kita

Jom check hati. Semoga Allah pelihara kita dari sifat sombong. 🔺Sombong adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya ke neraka. 🔻Tidak akan masuk syurga barang siapa yg ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah... 🔺Merendahkan orang lain itu sombong 🔻Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong. 🔺Menunjuk2 kelebihan itu sombong. 🔻Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong. 🔺Memperbodohkan org lain itu sombong. 🔻Sentiasa nak menang itu juga sombong. 🔺Mementingkan diri sendiri itu sombong. 🔻Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong. 🔺Bersangka buruk itu sombong. 🔻Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong. 🔺Merasa diri hebat itu sombong. 🔻Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong. 🔺Tidak boleh ditegur itu sombong. 🔻Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH

Suami kita dan anak-anak kita adalah Anugerah dari ALLAH Suami kita  dan anak-anak kita adalah Hadiah dari ALLAH Tak mungkin ALLAH salah bagi Hadiah pada kita Melainkan ALLAH pasti bagi yang terbaik  Kepada kita untuk dunia dan akhirat kita

Tips Bahagia

Antara tips untuk diri berbahagia. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 🍒 Jujur pada diri sendiri. Akui setiap rasa yang dihadirkan. ... 🍒 Berbicara dengan penuh kesedaran dan kasih sayang. 🍒 Lihat pesanan disebalik setiap kejadian. 🍒 Terima. Kerana penolakan yang membuatkan diri tersakit. credit to coach zie.

Mendidik Hati

Bangun pagi-pagi lantas termenung memikirkan setiap hari kita hanya merasa tidak cukup.. kita nak ini... kita nak itu... kenapa orang tu dapat itu kenapa aku tak dapat  yang aku nak kat mana salahnya kat mana silapnya aku bertanya dan bertanya  pada jawapan yang kita sendiri tak pasti Sebenarnya semua ini terletak pada hati kita Kalau kita selalu merasa cukup dengan apa yang ada maka kita telah serba kecukupan tapi macam mana kita nak didik hati kita ni semuanya dalam diri kita semuanya tentang bagaimana kita uruskan hati kita lembutkan hati kita rendahkan ego kita Belajarlah untuk mensyukuri sekecil-kecil nikmat Lihat sekeliling dengan penuh syukur  Syukuri setiap kejadian Syukuri setiap nikmat pancaindera yang Allah kurniakan kepada kita InsyaAllah perlahan-lahan hati akan menjadi lebih tenang.

ALLAH yang suruh

Cukuplah Allah bagiku Sebagai Penolong Sebagai Pelindung Patuhlah pada apa yang Allah suruh...tak banyak pun cuma ..... *  Tutup Aurat *  Solat Awal Waktu *  BerZikir *  Membaca Al-Quran *  Patuh pada  Ibu-bapa *  Sedekah *  Jaga Mulut - cakap baik-baik *  Fikir juga yang baik-baik

KEMAAFAN

Sejujurnya manusia itu ada kekuatan untuk memaafkan sesiapa sahaja yang di kehendakinya. Namun kawalan EGO terhadap dirinya yang sangat kuat, menjadikannya kelihatan mustahil untuk memaaafkan dan sulit untuk memaafkan orang lain,  Kadangkala dengan memaafkan itu pula di rasakan dirinya telah mengakui kesalahan..  Oleh itu  belajarlah untuk memaafkan diri sendiri....dan singkap jauh segala  prasangka dan pandanglah dari sudut  pandang yang berbeza atas setiap hal yang telah terjadi kerana semua yang terjadi itu adalah dengan izin dariNya. agar manusia belajar sesuatu dan supaya  manusia sedar. tentang  kekuatan dirinya yang tiada batasan.. Itulah dia Kekuatan untuk memaafkan dan menjadi lebih bijaksana

AJARI HATIKU...

Bila-bila ada rasa sedih dan gelisah, berhentilah menanggung semua beban di fikiran, serahkan semuanya kembali Pada Tuhan Yang Maha Kuasa. Kerana akal dan fikiran kita sangat terbatas.  Hanya kekuatan dan kasih sayangNya yang mampu membebaskan kita. ... Berbicaralah terus padaNya. Izinkan fikiran dan hatimu terbuka berserah semuanya padaNya. Masalah adalah 'Masa Allah' mengatur semuaNya. Ucapkan... Aku serahkan semuanya padaMu ya Allah. Ajari hatiku untuk melepaskan hal-hal yang seharusnya pergi. Agar hatiku terbuka menerima hal-hal yang bakal datang. Hari ini aku maafkan diriku yang telah menzalimi diriku sendiri dengan menanggung beban yang tidak seharusnya aku tanggung. Dan aku maafkan diriku atas ketidaksedaran aku menzalimi orang-orang di sekelilingku. Ampuni aku Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengizinkan aku menyedari bahawa semua permasalahan ini telah Kau uruskan. Dan semua aturanMu sempurna apa adanya. Terima kasih Ya Allah kerana...

LUPAKAH KITA PADA NIKMAT ALLAH

Adakah Allah sudah berpaling darimu?

Suatu ketika  Al Imam Hasan Al-Basri telah di tanya  oleh seorang pemuda: Soalan Pemuda : "Aku telah melakukan banyak maksiat,mengapa aku tidak dihukum?" Soalan Al Imam Hassan Al- Basri :"Adakah kamu bangun tahajud?" Jawapan Pemuda : "Tidak." Jawapan Al Imam Hassan Al- Basri : "Itulah hukuman kamu yang seberat-beratnya.Tiada hukuman yg lebih perit jika Tuhanmu telah berpaling darimu. Dia tidak lagi mahu "berbicara" dengan mu." "Cukuplah Allah S.W.T. menarik nikmat dan kelazatan tahajud dalam dirimu itu sebagai hukuman" **** Apakah Allah sudah berpaling dariku????? Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar  Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil Maafkan aku Ampunilah aku Terimalah taubatku Bersihkan dan Jernihkan hatiku Dari penyakit hati, dosa & berhala dunia

Bersyukurkah kita??????

bila kita punya sesuatu yang kita rasa bagus, Kita selalu tanya orang kau ada? Kita lupa ya, banyak juga benda bagus yang dia ada. Kita ada??? Ingat ingatkan diri sendiri wahai hati, ianya bukan tentang apa yg kita ada atau tiada Ianya tentang kesyukuran saat ada Ianya tentang mendoakan pada yg tiada. Ia bukan soal material. Ia soal tembus pada material. Ia bukan tentang apa yang hamba ada Ianya tentang bijaknya pembagian Sang Pencipta. Hidup ini bukan untuk dibandingkan Apa lagi sebuah pertandingan. Hidup ini persinggahan mengutip bekal secukupnya balik ke negeri abadi. Soalan yang sepatutnya.. Berapa banyak sudah bekal kita ada?? Mari kita saling menarik tangan Mari kita saling mengalih beban. Mari kita bersama sama. Selamanya.. cukuplah Allah bagiku.

FIKIRAN DAN PERASAAN

Bismillahhirrahmanirrahim Apa yang kita  fikirkan sangat mempengaruhi hati.  Justeru,jika kita  ingin mengetahui bagaimanakah keadaan hatimu,periksalah keadaan pemikiranmu - sama ada positif atau negatif. Hati itu merasa,akal pula berfikir. Fikiran dan perasaan saling berhubungan, fikiran menentukan perasaan. Justeru untuk mengawal perasaan,terlebih dahulu kawallah fikiran. ... Jika hati atau perasaanmu ceria,insyaAllah itu petanda fikiranmu juga positif. Lalu tindakan-tindakan pun akan turut positif. Dan insyaAllah hanya selepas itu,tindakan-tindakan yang positif itu akan menghasilkan natijah yang produktif. Kata bijak pandai,kita adalah fikiran kita dan bukan apa yang kita fikirkan tentang kita. Ingat betul-betul bahawa hati itu umpama magnet.Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang berada di luar diri ke dalam diri.Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Salam kedamaian hati

Always A Traveller - Reclaim Your Heart - Have Trust in ALLAH

Satu petang yang indah ketika menukar-nukar chanel di rangkaian Astro terlihat slot Ustazah Yasmin Mogahed, memang favourite sangat dengan cara penyampaian dia yang, i would say SubhanAllah, always  inspire me and I'm sure that everyone feels the same..  Petik dari beberapa kata-kata Ustazah Yasmin sebagai peringatan diri :- # Nabi Musa a.s, trust is in Allah, even he could not see pathway out of his situation but  he said, "By all means my Lord is with me and He will guide me through" # Nabi Musa a.s, berkata, "NO ! Indeed with me is my Lord, He will guide me through. - Do we have  that response if we were in that situation as Nabi Musa a.s., normally when we are trap, we didn't see or could not see our way out. - We need to have that  response, Allah open red sea for Nabi Musa a.s,  Allah make a way out to him that is what happen - When you know firmly that Allah will never leave your and He will make a way out for you because all this are cr...

Motivasi Kehidupan

Jika belum mampu menjadi pensel untuk menuliskan kebahagiaan buat orang lain Jadilah pemadam yang memadamkan kesedihan dan pengarauh negatif mereka ------------------------------------ Menerima dan menyayangi mereka yang tidak sempurna itulah kesempurnaan ------------------------------------ Yang namanya bahagia itu adalah sekarang Bukan akan datang atau nanti Bahagia apabila kita mensyukuri apa yang telah kita miliki Bukan apa yang belum kita miliki kerana hidup ini Terlalu singkat untuk tidak bahagia -------------------------------------

Bahagia

sesuatu yang belajar dari slot video Dr Azizan * Konsep Bahagia = Membahagiakan {bahagiakan orang lain pasti kita akan bahagia} * Hidup = Adalah untuk membantu orang lain * Hidup dalam keberkatan = Kita pasti akan hidup berkat * Berbaliklah pada asas kehidupan, pasti hidup kita tenang dan bahagia    Bebaliklah pada diri, solat, dhuha, tahajud, selawat, istighfar (asas kehidupan) * Ya Allah apa sahaja kebaikan yang aku nak buat selepas ini, Engkau alirkanlah pahalanya kepada kedua ibu-bapaku. * Aku menyerahkan diriku hanya padaMu Ya Allah * Aku hanya inginkan kasih-sayangMu Ya Allah,  * Aku nak gembirakan Allah ##### Quotes Prof Dr Muhaya : * Ibadah orang biasa - Kerana takutkan neraka Allah * Ibadah saudagar - Kerana nakkan syurga Allah

JEMPUT REZEKI vs CARI REZEKI.

Sahabat, Orang skeliling atnya kau buat apa sampai boleh jadi camni sekarang. Mereka tahu saya bisnes tapi dalam waktu yang singkat saya dapat macam-macam.... ya. Rezeki dari Allah. Tapi apa yang kau buat? Mereka tanya. Saya kata, saya tak keluar CARI REZEKI sangat pun. Sy suri rumah sepenuh masa je. Hari2 dgn ank. Kdg2 je keluar buat kerja sikit2. Rutin harian sy pergi rumah mak lepak2...ofis MAMADIL? jrg2 sy masuk ofis. Team Mamadil ada di sana. Sy bgtau mereka, sy tak CARI REZEKI sgt. Tp sy amalkan formula JEMPUT REZEKI. Rezeki sendiri dtg pd kita. Macamana? Antaranya: 1- Tanam dlm hati Allah lah segalanya. Apa aku buat, akn buat aku serahkan pd Allah dahulu sebelum aku usaha utk dptkannya. Bukan bila tak boleh, baru cari Allah. 2- Sentiasa tanam yg positif dlm kehidupan seharian. Jgn lyn yg negatif. Kita akn rasa down. 3- Dlm kereta, setiap pagi ptg, bukak zikir & ikut sekali. Tambah lg dgn zikir2 yg memohon doa pd Allah. Kurniakan ilmu yg bermanfaat. Rezeki yg l...

Kaya Harta & Kaya Jiwa

Islam menggalakkan kita untuk menjadi kaya .  Dengan ini bolehlah kita membantu mereka yang susah. Kaya-> dugaan , miskin -> juga dugaan. Didoakan semoga kita semua menjadi kaya harta & kaya jiwa  Agar seiring dunia dan akhirat Amin

Mengapa saya mudah memaafkan?

Banyak sebab, antaranya.. 1. Saya ingat balik setiap kebaikan orang tu. Walau mungkin hanya satu kebaikan yang pernah dia lakukan. Ia tetap ada. Jadi saya pandang yang satu tu. ... 2. Sebagaimana saya disakiti, saya juga pernah menyakiti secara sedar atau tak sedar. Jadi saya maafkan dia sebagaimana saya maafkan diri saya. 3. Sebab saya memahami bahawa pada asasnya tiada seorang pun mahu menyakiti. Orang yang menyakiti adalah orang yang menderita. Jika dia bahagia, tak mungkin dia menyakiti. Jadi saya maafkan kerana saya tahu dan faham bahawa ketika dia menyakiti, sesungguhnya dia sedang melepaskan sakitnya. Jadi saya syukuri kerana saya menjadi tempat untuk dia melepaskan kesakitannya. Itu bermakna saya mampu membantu dia. 4. Melihat hikmah dan pelajaran yang saya dapat disetiap cabaran dalam hubungan. Ketika orang menyakiti..saya belajar memaafkan. Ketika orang meninggalkan, saya belajar untuk merasa cukup hanya dengan cintaNya. Ketika orang memandang serong, saya bela...