Skip to main content

Mengapa saya mudah memaafkan?


Banyak sebab, antaranya..

1. Saya ingat balik setiap kebaikan orang tu. Walau mungkin hanya satu kebaikan yang pernah dia lakukan. Ia tetap ada. Jadi saya pandang yang satu tu.
...
2. Sebagaimana saya disakiti, saya juga pernah menyakiti secara sedar atau tak sedar. Jadi saya maafkan dia sebagaimana saya maafkan diri saya.

3. Sebab saya memahami bahawa pada asasnya tiada seorang pun mahu menyakiti. Orang yang menyakiti adalah orang yang menderita. Jika dia bahagia, tak mungkin dia menyakiti. Jadi saya maafkan kerana saya tahu dan faham bahawa ketika dia menyakiti, sesungguhnya dia sedang melepaskan sakitnya. Jadi saya syukuri kerana saya menjadi tempat untuk dia melepaskan kesakitannya. Itu bermakna saya mampu membantu dia.

4. Melihat hikmah dan pelajaran yang saya dapat disetiap cabaran dalam hubungan. Ketika orang menyakiti..saya belajar memaafkan. Ketika orang meninggalkan, saya belajar untuk merasa cukup hanya dengan cintaNya. Ketika orang memandang serong, saya belajar untuk menerima apa adanya.

5. Setiap orang yang menyusahkan atau menyakitkan sebenarnya adalah anugerah dan wakil dariNya. Sebab semua yang telah terjadi adalah sapaan Nya. Semuanya belaian belas kasihNya. Hanya akal yang belum memahami yang sering menolak. Namun hati yang mengerti setiap aturan Tangan-TanganNya akan menyedari bahawa ini semua anugerah dariNya. Agar saya ikhlas, agar saya damai, agar hanya Dia di hati saya.

Sebab akhirnya..

Hidup ini singkat. Di nafas terakhir nanti saya hanya mahu membawa jiwa yang tenang dan damai.
Jadi saya syukuri dan saya maafkan semuanya.

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Terima kasih 💜

kredit to : Diyana Tahir

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...