Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Dear Diary - ana

I LOVE AND ACCEPT MYSELF WITHOUT QUESTION

THANK YOU ALLAH

ISTIQOMAH - Kenapa susah sangat nak ISTIQOMAH

Kenapalah susah sangat nak istiqomah untuk menulis dan berkongsi.  Nak di katakan tak ada idea, rasanya kadang-kadang tu idea melimpah ruah berlegar-legar dalam kepala otak ni.  Nak kata tak ada masa, eeh ehh cik kak, Allah bagi masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu  kepada semua manusia, ada orang boleh saja buat bermacam-macam kerja dan tugasan dalam sehari.  Beralasanlah namanya tu. Aku suka menulis tetapi kenapa susah sangat nak pegang laptop dan menulis serta berkongsi cerita-cerita pengalaman, suka duka tips dan sewaktu dengannya kat sini.  Ya Allah bantulah aku untuk istiqomah, bantulah aku untuk berkongsi melalui tulisanku di sini agar dapat memberi manafaat kepada mereka yang secara tak sengaja melawat blog aku.

Irsyadee Ft Hafiz - Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan, Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa... Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, Terimalah, Terimalah..... Taubatku ini..... Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan. Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x... Taubatku ini... Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima... Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, Terimalah, Terimalah.... Taubatku ini... Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, Terimalah, Terimalah... Taubatku ini... Pesanan: Fikirkan kembali akan setiap bait perkataan yang terdapat dalam lagu ini....Semoga kita mendapat keampunan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. ## In loving memory buat anakanda Muha...

Dear Diary : Jurnal 004 - Tips : Ketika Berbelanja @ Membuat Pembayaran

Jurnal 004 : Setiap kali berbelanja lafazlah :- "Ya Allah, Duit ini bukan duit aku tetapi duit Allah yang bagi pada aku.  Aku nak guna duit ini untuk  bayar ____________atau eg : untuk bayar yuran kelas.  Aku mohon dengan  keberkatan ilmu yang aku perolehi Allah gandakan duit ini.  Sesungguhnya Allah Maha Kaya, Allah Maha Pemurah."

Dear Diary - Jurnal 002/2015

Jurnal 002/2015 Banyak yang telah aku pelajari sejak join Program Kenali Diri anjuran Coach Azean dan banyak catatan telah di buat dan terasa rugi sangat kalau segala ilmu yang telah dipelajari itu aku sia-siakan. Maka aku mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang telah aku pelajari itu di dalam Blog ini di bawah label 'Dear Diary - Ana' InsyaAllah akak berkongsi dari hari ke hari nota-nota yang telah aku catat sejak setahun yang lalu agar menjadi perkongsian bersama dan semoga dapat memberi manafaat kepada orang lain juga.

MASALAH = MASA ALLAH (Jurnal - 001/2015)

Allah nak kita bagi masa pada Dia Allah nak kita kembali pada fokus pada dia Allah rindu nak dengar kita bangun tahajud dan merintih pada dia Apabila hati kita tenang dan damai, cara kita pandang masalah juga berbeza. Anggaplah masalah itu sebagai iklan di dalam hidup kita, ia datang dan pergi Kita layak untuk hidup tenang dan bahagia Apalah sangat cabaran yang Allah bagi Jika hendak kita bandingkan dengan nikmat yang Allah dah beri kepada kita sejak kita di dalam perut ibu lagi. Terlalu banyak yang Allah dah beri dan telah kita nikmati dan rasai setiap hari Tapi pernahkah kita menghitung segala nikmat itu atau kita hanya menghitung segala ujian dari Allah sahaja. Mata kita merakam setiap peristiwa yang terjadi di sekeliling kita atau apa saja yang kita lihat Hati kita sentiasa mentafsir setiap yang terlintas menurut pandangan atau perspektif kita Fikiran kita pula sentiasa berfikir baik, buruk, elok, cantik sesuai atau tidak semuanya juga menurut perspektif  kita sen...