Skip to main content

MASALAH = MASA ALLAH (Jurnal - 001/2015)

Allah nak kita bagi masa pada Dia
Allah nak kita kembali pada fokus pada dia
Allah rindu nak dengar kita bangun tahajud dan merintih pada dia
Apabila hati kita tenang dan damai, cara kita pandang masalah juga berbeza.
Anggaplah masalah itu sebagai iklan di dalam hidup kita, ia datang dan pergi

Kita layak untuk hidup tenang dan bahagia
Apalah sangat cabaran yang Allah bagi
Jika hendak kita bandingkan dengan nikmat yang Allah dah beri kepada kita sejak kita di dalam perut ibu lagi.
Terlalu banyak yang Allah dah beri dan telah kita nikmati dan rasai setiap hari
Tapi pernahkah kita menghitung segala nikmat itu atau kita hanya menghitung segala ujian dari Allah sahaja.

Mata kita merakam setiap peristiwa yang terjadi di sekeliling kita atau apa saja yang kita lihat
Hati kita sentiasa mentafsir setiap yang terlintas menurut pandangan atau perspektif kita
Fikiran kita pula sentiasa berfikir baik, buruk, elok, cantik sesuai atau tidak semuanya juga menurut perspektif  kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...