Tirai penutup tahun 2020 mengamit memori suka dan duka bagi kami sekeluarga. Kehilangan yang mengejutkan dan tidak di sangka-sangka. Perginya ditangisi dan kehilangannya dirindui. 5 tahun yang lalu dia datang ke rumah kami sebagai penyeri sebagai peliharaan yang istimewa. Walaupun mulanya Princess Aisyah tidak pernah bersetuju untuk abangnya membawa pulang si bulus Oyen tapi bila dah sampai ke rumah dengan wajahnya yang 'hensem' spesis' garfield maka akhirnya menjadi kesayangan semua. Tragedi 28hb Disember 2020, Matinya Oyen di belit oleh seekor ular sawa yang entah dari mana datangnya telah meragut nyawa Oyen dan meragut kegembiraan kami. Sedih di hati hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Benarlah ajalnya telah tiba namun yang sedihnya ada cara kematiannya itu. Apatah lagi di saksikan sendiri di depan mata. Trauma, geram dah marah tak dapat di nafikan. Benar mulut berkata redha tapi di hati tak siapa tahu...rindu dan kehilangannya amat terasa....
Sibukkan tanganmu dengan pekerjaan dunia, sibukkan hatimu dengan mengingat Tuhan. Bantulah Aku Ya Allah untuk Berhijrah Menuju Illahi