Skip to main content

OYEN

Tirai penutup tahun 2020 mengamit memori suka dan duka bagi kami sekeluarga.  Kehilangan yang mengejutkan dan tidak di sangka-sangka. Perginya ditangisi dan kehilangannya dirindui.

5 tahun yang lalu dia datang ke rumah kami sebagai penyeri sebagai peliharaan yang istimewa.  Walaupun mulanya Princess Aisyah tidak pernah bersetuju untuk abangnya membawa pulang si bulus Oyen tapi bila  dah sampai ke rumah dengan wajahnya yang 'hensem' spesis' garfield maka akhirnya menjadi kesayangan semua.

Tragedi 28hb Disember 2020, Matinya Oyen di belit oleh seekor ular sawa yang entah dari mana datangnya telah meragut nyawa Oyen dan meragut kegembiraan kami.  Sedih di hati hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Benarlah ajalnya telah tiba namun yang sedihnya ada cara kematiannya itu. Apatah lagi di saksikan sendiri di depan mata. Trauma, geram dah marah tak dapat di nafikan.  

Benar mulut berkata redha tapi di hati tak siapa tahu...rindu dan kehilangannya amat terasa.  Semoga Allah menempatkanmu di syurga yang selayaknya untukmu dan semua makhluk-makhluk yang telah dijemput Allah sebelummu.  Semoga berbahagia Oyen di sana walaupun kami sangat merinduimu.  Oyen kini di jaga oleh Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  

Rest in Peace Sayang.





Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...