Skip to main content

AJARI HATIKU...


Bila-bila ada rasa sedih dan gelisah, berhentilah menanggung semua beban di fikiran, serahkan semuanya kembali Pada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Kerana akal dan fikiran kita sangat terbatas.  Hanya kekuatan dan kasih sayangNya yang mampu membebaskan kita.
...
Berbicaralah terus padaNya. Izinkan fikiran dan hatimu terbuka berserah semuanya padaNya.
Masalah adalah 'Masa Allah' mengatur semuaNya.

Ucapkan...
Aku serahkan semuanya padaMu ya Allah. Ajari hatiku untuk melepaskan hal-hal yang seharusnya pergi. Agar hatiku terbuka menerima hal-hal yang bakal datang.

Hari ini aku maafkan diriku yang telah menzalimi diriku sendiri dengan menanggung beban yang tidak seharusnya aku tanggung. Dan aku maafkan diriku atas ketidaksedaran aku menzalimi orang-orang di sekelilingku.

Ampuni aku Ya Allah.
Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengizinkan aku menyedari bahawa semua permasalahan ini telah Kau uruskan. Dan semua aturanMu sempurna apa adanya.
Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menjaga ku dengan penuh perhatian dan belas kasih.

I love you. 💜
copy paste dari Pn Diyana Tahir




Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...