Skip to main content

FIKIRAN DAN PERASAAN

Bismillahhirrahmanirrahim

Apa yang kita  fikirkan sangat mempengaruhi hati.  Justeru,jika kita  ingin mengetahui bagaimanakah keadaan hatimu,periksalah keadaan pemikiranmu - sama ada positif atau negatif. Hati itu merasa,akal pula berfikir. Fikiran dan perasaan saling berhubungan, fikiran menentukan perasaan. Justeru untuk mengawal perasaan,terlebih dahulu kawallah fikiran.
...
Jika hati atau perasaanmu ceria,insyaAllah itu petanda fikiranmu juga positif. Lalu tindakan-tindakan pun akan turut positif. Dan insyaAllah hanya selepas itu,tindakan-tindakan yang positif itu akan menghasilkan natijah yang produktif. Kata bijak pandai,kita adalah fikiran kita dan bukan apa yang kita fikirkan tentang kita.

Ingat betul-betul bahawa hati itu umpama magnet.Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang berada di luar diri ke dalam diri.Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan.

Salam kedamaian hati



Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...