Skip to main content

Chocolate Cheese Cake

Walaupun ‘baking’ adalah antara ‘passion’ yang memang tersemat dalam diri tapi telah lama di abaikan, bukan kerana  minat tu dah  pudar tapi alasan tak punya masa selalu mengukuhkan lagi hasrat untuk tidak membuat kek dan biskut.

Tapi semenjak  terjebak menjual tepung kek segera, minat tu muncul kembali kerana setiap kali membuat kek hasilnya selain sedap, rupanya juga cantik dan sedap mata memandang, jadi semangat untuk ‘baking’ mulalah meluap-luap.

Last week buat Chocolate Cheese Cake  yang di ajar oleh seorang rakan, menjadi pula dan En Suami pun bagi compliment sebab sedap, maka di hatipun berbunga-bungalah bangga.  Lumrah sebagai manusia kan memang suka di puji.  Semakin di puji semakinlah dia ingin menunjukkan kehebatannya

Di sini akak kongsikan resepi yang sangat mudah  ini dan bahan-bahannya juga boleh di dapati di dapur sahaja.

RESEPI :  CHOCOLATE CHEESE CAKE

Bahan-bahan Untuk Membuat  Kek Cokelat:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3/4 cawan tepung  gandum (diayak bersama soda bikorbonat dan serbuk penaik))
 satu sudu kecil soda bikarbonat
 satu sudu kecil baking powder
 4 biji telur gred B

Bahan-bahan Untuk Membuat Cheese Cake :
1 buku cream cheese (akak guna Philadelphia saja)
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu besar tepung
1 sudu besar air

Cara membuat kek  cokelat :
Step 1
Gula, serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak  dicampur di dalam periuk  dan di masak di atas api yang sederhana.  Kacaulah adunan  sehingga semua bahan sebati dan kelihatan  berkilat. Bila dah berkilat padamkan api dan biarkan adunan sejuk seketika.

Di dalam bekas yang lain untuk langkah kedua.  Di masa yang sama, bolehlah di panaskan periuk pengukus  dan sapukan loyang kek dengan marjerin.

Step 2
1.  Pukul telur  berselang-seli dengan adunan tepung  sebati  dan kembang.
2.  Masukkan adunan  yang telah di masak di atas api tadi (adunan seperti di Step 1)
3.  Asingkan  adunan kek cokelat ini menjadi 2 bahagian.
4.  Kukus 1 bahagian adunan kek tersebut  selama lebih kurang 15 minit.
    
Sementara menunggu adunan tersebut masak, bolehlah  prepare Cheese  kek pula.

Cara Membuat  Cheese Kek:
Step 3
[Cream cheese boleh keluarkan sejam awal dari peti sejuk]

Masukkan cream cheese dalam mixer dan kacau sedikit, kemudian masukkan gula kastor dan kacau lagi, diikuti dengan memasukkan telur, tepung gandum dan air.  Kacau sehingga semua bahan sebati.

Di masa yang sama bolehlah periksa samada kek yang di kukus tadi dah masak atau belum, gunakan lidi atau garfu untuk periksa samada dah masak atau belum.

Kalau bahagian pertama kek cokelat yang di kukus itu dah masak, ambil adunan  cheese kek yang dah di pukul tadi  dan lapiskan  keatas kek  yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit ataupun sampai masak.

Bila lapisan cheese kek telah masak, lapiskan baki bahagian kek cokelat  ke atasnya dan kukus lagi selama 15 minit ataupun sehingga masak.


Apabila dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan sejukkan.  Untuk lebih sedap, selepas sejuk masukkan kek tadi ke dalam peti sejuk  dan sangat enak di makan sejuk atau selepas dikeluarkan dari peti sejuk.




Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...