Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

HAPPY ANNIVERSARY TO ME......

Pejam celik, pejam celik baru terasa begitu pantas masa berlalu. Esok tanggal 4 June 2010 genaplah 16 tahun aku melayari bahtera rumah-tangga bersama suami yang begitu baik, penyayang dan terlalu prihatin. Aku memang sangat bertuah kerana Allah telah mempertemukan jodoh yang paling baik dan sesuai untukku. Walaupun ada kalanya rumah-tangga kami berkocak namun ianya aku anggap sebagai asam-garam dalam berumah-tangga. Itu semua hanyalah ujian untuk menguji sejauh manakah utuhnya kasih-sayang di antara kami. Tak ada kapal yang tidak dilambung ombak....kita sebagai nakhodanya jadi hanya kita yang tahu ke manakah arahnya yang ingin kita tuju. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah atas kurniaanmu ke atas diriku, seorang suami yang baik dan dua orang permata hati yang sungguh comel yang telah melengkapkan hidupku. Ameen

Artikel untuk Buaya Golf - Kegilaan Pemain Golf

KEGILAAN PEMAIN GOLF. Begitulah tajuk yang aku berikan kepada sebuah artikel yang pernah aku tulis dan kirimkan kepada Editor Majalah Buaya Golf hampir enam bulan yang lalu. Hari ini sewaktu membelek e-mail yang aku terima, tiba-tiba mata aku terpaku melihat e-mail dari editor@buayagolf .... Alhamdulillah mereka akan mengedit tulisanku untuk dimuatkan dalam ruangan surat dari pembaca..aku merasa sungguh gembira...kerana selama ini aku sangkakan yang artikel yang aku tulis itu tidak bermutu untuk di muatkan di dalam majalah mereka...Ameen. Semoga tuhan makbulkan impianku untuk menjadi penulis bebas yang berjaya satu hari nanti. Insyaallah. Inilah artikel yang telah aku tulis dan kirimkan ke majalah Buaya Golf. KEGILAAN PERMAINAN GOLF Satu ketika dahulu apabila mendengar orang bercakap tentang sukan golf, pastinya perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran aku ialah, ianya permainan untuk golongan elit ataupun ahli-ahli korporat dan mereka-mereka yang mempunyai status da