Copy paste dari Coach Niza - DENDAM Sebagai pesanan buat diri sendiri *********************************************************************** Dendam itu seperti bara Bila terkena percikan api, Maraknya begitu hebat sekali. Padamkanlah, Buanglah... Hapuskan rasa marah yang tidak akan memberi apa makna Ia hanya mengundang kehancuran, terputus pertalian. Maaf itu begitu indah, Sungguh ia mahal, Kerana ia terlalu berharga, maafkanlah. Belajarlah memaafkan kerana ia amat indah, Memang sakit, pedih, perit Sungguh beribu kali dicalarkan di luka yang sama, Tak mengapa, Rawatlah dengan kemaafan. Kau akan menyaksikan satu keajaiban bahagia yang tiada tara Keindahan yang tak pernah kau sedar begitu indah Berdoalah agar Allah akan membuka pintu hatinya untuk sedar apa itu luka. Berdoalah pada Tuhanmu agar engkau sedar, Hanya DIA lah pengubat segala. Jangan doakan dengan kemarahan, Doakan dengan rasa simpati dan kasihan, kerana Allah akan mengasihi mu nanti.
Sibukkan tanganmu dengan pekerjaan dunia, sibukkan hatimu dengan mengingat Tuhan. Bantulah Aku Ya Allah untuk Berhijrah Menuju Illahi