Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Lumut - Bandar yang menggamit ketenangan

LUMUT. Pada musim cuti sekolah yang lepas aku dan suami telah membawa putera dan puteri kami ke Lumut. Sebetulnya kami pada mulanya merancang untuk menghabiskan cuti di Taiping aje rumah mak mertua aku, maklumlah kadang-kadang kami jarang dapat menghabiskan waktu bersama-sama kedua ibu dan bapa mertua aku tu. Tiba-tiba saja secara spontan idea ke Lumut muncul dan suami akupun mengiyakan saja, jadi diapun mempelawa abang sulongnya untuk bersama-sama kami ke Lumut memandangkan kakak iparnya juga sedang bercuti dari kursus di Ipoh. Sebetulnya dah lama juga aku dan keluarga tidak ke Lumut jadi teruja jugalah melihat pembangunannya, lebih-lebih lagi di persisiran jeti ke Pulau Pangkor. Aku memang gemar sekali dapat berjalan di persisiran laut di bandar Lumut itu sambil melepak di tembok yang di bina di sepanjang jalan yang menghadap ke laut lepas, terasa aman dan damai. Indah sekali ciptaan ALLah swt. Pada aku bandar Lumut ini amat sesuai jika di jadikan tempat tinggal sete

Can We Be A Friend or Best Friend To Our Ex

Pagi ini sewaktu memandu ke tempat kerja seperti biasa aku akan mendengar siaran dari Lite & Easy. Aku gemar mendengar topik-topik menarik yang diutarakan setiap pagi dan pada pagi ini kedua-dua penyampai radionya mengajak pendengar berbincang tentang topik di atas. Response pendengar agak baik juga dan dapat di dengar kebanyakan yang mengutarakan pendapat mengatakan "TIDAK" dan hanya beberapa pendengar saja yang mengatakan "YA". Bagaimana pula dengan ANDA....adakah "YA" atau "TIDAK" ? Untuk diri aku dan berpaksikan pendapat peribadi aku dan juga dari pengalaman peribadi aku sendiri. Jawapannya ialah "TIDAK". Pada aku selagi kita insan bergelar manusia yang punya hati dan perasaan...situasi begini tidak semudah yang di ungkapkan. Bak kata pepatah Inggeris, "it is easier to say than done". Aku pernah melalui situasi ini dan ternyata ianya tidak mudah seperti yang disangkakan. Walau bagaimanapun demi menjaga hati semu

Musim Buah-buahan @ Musim Sakit

Durian, Rambutan, Maggis, Dokong dan Cempedak adalah di antara buah-buahan tempatan yang banyak di jual di pasar-pasar malam, di tepi-tepi jalan, warung, kedai dan juga pasaraya besar. Seperti kebiasaannya bila tiba saja musim buah, maka ramailah yang mula sakit-sakit seperti demam, batuk dan selsema. Pada waktu ini jika kita ke Klinik pasti kita akan dapati kebanyakkan pesakit yang mengunjungi Klinik adalah kerana sakit-sakit yang aku sebutkan di atas. Aku sendiri minggu lepas mc 3 1/2 hari, demam dan semua joints begitu sakit dan lenguh-lenguh. Ada kawan yang mengusik, "entah-entah H1N1". Huuuh minta selisih, nanti tak pasal-pasal kena kuarantin seminggu. Bermula dengan aku kemudian mulalah merebak kepada ahli keluarga aku yang lain. Penyakit datang bukannya kita yang minta, betul tak? Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah ok. Aku kadang-kala merasa musykil juga kerana, kalau dulu kita makan ubat serta antibiotik pasti kita akan sembuh tapi sekarang yang ganjilnya ka

I PROMISE MYSELF : By Christian D Larson (optimists creed from The Secret)

I PROMISE MYSELF To be strong that nothing can disturb my peace of mind To talk health, happiness and prosperity to every person I meet To make all my friends feel that there is something worthwhile in them To look at the sunny side of everything and make my optimism come true To think only of the best, to work only for the best and to expect only the best To be just as enthusiastic about the success of others as I am about my own To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future To wear a cheerful expression at all times and give a smile to every living creature I meet To give so much time to improving myself that i have no time to criticize others To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear and too happy to permit the presence of trouble To think well of myself and to proclaim this fact to the world not in loud words, but in great deeds To live in the faith that the whole world is on my side, so long as I a

Rumah Orang Tua Tanpa Waris - Kg Paya, Kuala Muda, Kedah

Kalau sebelum ini aku menulis dan bercerita tentang kehidupan ibu-bapa yang uzur di Happy Retirement Home di Kepala Batas, maka hari ini aku ingin berkongsi kisah suka dan duka warga emas yang tinggal di Kampung Paya, Kota Kuala Muda. Kisah warga emas tanpa waris ini kalau tak silap aku pernah di tayangkan oleh TV3 tapi aku dah lupa tarikhnya tapi yang aku ingat ianya di tayangkan selepas peristiwa Tsunami yang berlaku di Kuala Muda, Kedah. Aku dan rakan sekerja melawat ke Kampung Paya dan kami di layan mesra oleh seorang mak cik yang peramah dan dia lebih di kenali dengan panggilan mak su di kalangan penghuni di situ. Di kawasan itu terdapat lapan buah rumah yang dibina daripada kayu yang pada penilaian mata aku agak kecil dan semakin uzur keadaannya. Aku menganggapnya kecil kerana di bahagian atas itulah ruang tamu dan di situ jugalah ditempatkan sebuah katil bujang, manakala di bahagian bawahnya hanyalah sebuah dapur dan bilik air. Terdapat 8 buah rumah disitu