Skip to main content

Musim Buah-buahan @ Musim Sakit

Durian, Rambutan, Maggis, Dokong dan Cempedak adalah di antara buah-buahan tempatan yang banyak di jual di pasar-pasar malam, di tepi-tepi jalan, warung, kedai dan juga pasaraya besar. Seperti kebiasaannya bila tiba saja musim buah, maka ramailah yang mula sakit-sakit seperti demam, batuk dan selsema. Pada waktu ini jika kita ke Klinik pasti kita akan dapati kebanyakkan pesakit yang mengunjungi Klinik adalah kerana sakit-sakit yang aku sebutkan di atas.
Aku sendiri minggu lepas mc 3 1/2 hari, demam dan semua joints begitu sakit dan lenguh-lenguh. Ada kawan yang mengusik, "entah-entah H1N1". Huuuh minta selisih, nanti tak pasal-pasal kena kuarantin seminggu. Bermula dengan aku kemudian mulalah merebak kepada ahli keluarga aku yang lain. Penyakit datang bukannya kita yang minta, betul tak? Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah ok.
Aku kadang-kala merasa musykil juga kerana, kalau dulu kita makan ubat serta antibiotik pasti kita akan sembuh tapi sekarang yang ganjilnya kadang-kadang ubat dan antibiotik dah habis tapi penyakit demam dan batuk belum tentu sembuh. Ada kawan aku batuk hingga berbulan-bulan lamanya, akhirnya diapun give-up dari makan ubat katanya "biar sembuh sendiri". Aku juga pernah sekali mengalami batuk hingga tiga bulan lamanya, makan ubat tak usah cakaplah dan bermacam-macam petua aku cuba asal saja di beritahu, last sekali batuk
aku sembuh sendiri saja.
Antara petua yang dapat aku kongsikan di sini ialah jika batuk kita boleh mengamalkan meminum madu dengan perahan 'lemon' ataupun limau nipis or limau kasturi. Semalam ada teman memberitahu aku untuk mengamalkan meminum madu dengan secubit serbuk kulit kayu manis. Petua ini aku belum pernah cuba sebab baru saja di ajar semalam. So selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...