Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan aku sekali lagi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Semoga Engkay memberikan aku kesempatan untuk mempertingkatkan lagi amalan-amalanku yang aku kira masih terlalu sedikit untuk aku jadikan bekalan menemuiMu bila saat aku dijemput olehMu nanti. Ya Allah berilah aku kekuatan dan bukakanlah pintu hatiku dan Engkau lembutkanlah hatiku agar aku mampu menjadi hambamu yang taat pada setiap perintahmu Ya Allah. Ya Allah kurniakanlah aku dengan Rahmatmu kerana sesungguhnya Engkau maha pengurnia dan janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan aku petunjuk. Ameen Ameen Ya Rabbil A'lamnin

Selamat Hari Jadi Buat Puteri Kesayangan Bonda

"Selamat Hari Jadi, Buat Puteri Tunggal Kesayangan Bonda". Sayang kini usiamu telah menjangkau 12 tahun dan bonda berharap dan berdoa agar anakanda akan membesar menjadi seorang yang sihat dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Semoga segala impian anakanda akan dikabulkan Allah s.w.t dan semoga impian anakanda akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Terasa masih belum puas memeluk dan membelai anakanda dan kini anakanda sudah besar malah hampir sama tinggi dengan bonda, cepat sungguh masa berlalu. Sewaktu anakanda di lahirkan 12 tahun yang lalu bonda begitu gembira kerana anakanda telah menjadi pelengkap kepada keluarga kita. Nenda sebelah bonda pula sungguh gembira kerana anakanda merupakan cucunda perempuan yang pertama bagi mereka, maka segala kasih-sayang tertumpah kepada anakanda. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah bonda dan ayahanda lalui sewaktu membesarkan anakanda dan ternyata semua kenangan dan pengalaman itu adalah kenangan dan pengalaman yang

E-Book MAGNET REZEKI

Ianya adalah sebuah buku yang seharusnya dimiliki oleh semua orang yang ingin merubah kehidupan mereka. Informasi yang telah dikongsikan di dalamnya telah di tulis dengan begitu teliti. Tidak rugi melabur untuk sesuatu ilmu yang bermanafaat.