Skip to main content

Selamat Hari Jadi Buat Puteri Kesayangan Bonda



"Selamat Hari Jadi, Buat Puteri Tunggal Kesayangan Bonda".

Sayang kini usiamu telah menjangkau 12 tahun dan bonda berharap dan berdoa agar anakanda akan membesar menjadi seorang yang sihat dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Semoga segala impian anakanda akan dikabulkan Allah s.w.t dan semoga impian anakanda akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

Terasa masih belum puas memeluk dan membelai anakanda dan kini anakanda sudah besar malah hampir sama tinggi dengan bonda, cepat sungguh masa berlalu. Sewaktu anakanda di lahirkan 12 tahun yang lalu bonda begitu gembira kerana anakanda telah menjadi pelengkap kepada keluarga kita. Nenda sebelah bonda pula sungguh gembira kerana anakanda merupakan cucunda perempuan yang pertama bagi mereka, maka segala kasih-sayang tertumpah kepada anakanda. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah bonda dan ayahanda lalui sewaktu membesarkan anakanda dan ternyata semua kenangan dan pengalaman itu adalah kenangan dan pengalaman yang indah-indah belaka bagi diri bonda. Ada juga ketika bonda terpaksa meninggikan suara dan memarahi anakanda tetapi percayalah sayang, semua itu bonda lakukan kerana bonda amat menyayangi anakanda dan bonda inginkan yang terbaik bagi diri anakanda dan bonda tidak mahu anakanda menghadapi sebarang kesulitan ataupun kegagalan. Bonda dan Ayahanda memang amat menyayangi anakanda kerana kedua-dua anakanda adalah permata di hati kami. Bonda sedar tak lama lagi anakanda akan melangkah ke alam remaja dan satu hari nanti meningkat dewasa dan bakal punya kehidupan sendiri, tapi selagi kita masih ada peluang hidup bersama di bawah satu bumbung bonda hanya akan memastikan yang terbaik saja untuk kedua-dua anakanda bonda.

Bonda sentiasa mendoakan agar kedua-dua anakanda bonda akan sentiasa di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang Allah seumur hidup anakanda berdua walaupun setelah ketiadaan bonda dan doa-doa yang dapat bonda iringkan.

Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah-ruah kepada anakanda berdua dan semoga juga kedua-dua anakaan akan beroleh kejayaan didalam kehidupan di dunia dan akhirat dan semoga juga beoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Semoga juga anakanda berdua menjadi anak yang soleh dan solehan, yang sentiasa taat pada suruhan Allah s.w.t dan juga taat pada suruhan kedua ayahanda dan bonda Ameen.

Akhir-kata, bonda sekali lagi ingin mengucapkan "Selamat Hari Jadi Sayang"

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...