Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Fatimah Az-Zahra @ YAYA

Begitu pantas masa itu berlalu meninggalkan kita, hari silih berganti kini telah hampir dua minggu kembalinya Al-marhum Abang Hazad ke rahmatullah. Doa dan harapan aku sekeluarga agar Al-marhum di tempatkan bersama-sama para Solihin. Bukan saja keluarga Al-marhum sahaja yang merasai kehilangannya tetapi aku dan keluarga sebagai jiran yang paling dekat turut merasa tempias kehilangan dan kesedihannya. Berat mataku memandang, maka beratlah lagi bahu mereka yang memikul. Tak dapat aku nak berbuat apa-apa mengenai hati dan perasaan. Aku hanya berharap agar aku akan mampu untuk terus memberikan sokongan dan sentiasa berada di sisi mereka pada saat mereka memerlukan sokongan. Beberapa hari yang lepas YAYA demam panas, tapi aku tahu selain demam YAYA sebenarnya menanggung rindu yang tak dapat dirungkaikannya dengan perkataan terhadap arwah Papanya. Anak kecil yang baru berusia 9 tahun ini masih belum mengerti tentang apakah itu erti KEMATIAN. Sebagai anak yang paling bongsu dan paling m