Skip to main content

Fatimah Az-Zahra @ YAYA

Begitu pantas masa itu berlalu meninggalkan kita, hari silih berganti kini telah hampir dua minggu kembalinya Al-marhum Abang Hazad ke rahmatullah. Doa dan harapan aku sekeluarga agar Al-marhum di tempatkan bersama-sama para Solihin.

Bukan saja keluarga Al-marhum sahaja yang merasai kehilangannya tetapi aku dan keluarga sebagai jiran yang paling dekat turut merasa tempias kehilangan dan kesedihannya. Berat mataku memandang, maka beratlah lagi bahu mereka yang memikul. Tak dapat aku nak berbuat apa-apa mengenai hati dan perasaan. Aku hanya berharap agar aku akan mampu untuk terus memberikan sokongan dan sentiasa berada di sisi mereka pada saat mereka memerlukan sokongan.

Beberapa hari yang lepas YAYA demam panas, tapi aku tahu selain demam YAYA sebenarnya menanggung rindu yang tak dapat dirungkaikannya dengan perkataan terhadap arwah Papanya. Anak kecil yang baru berusia 9 tahun ini masih belum mengerti tentang apakah itu erti KEMATIAN. Sebagai anak yang paling bongsu dan paling manja dengan arwah Papanya, YAYAlah dilihat paling menderita dengan kehilangan dan pemergian untuk selama-lamanya ini. Aku sendiri tidak tahan melihat kesedihan dan kerinduan yang terpancar dari sinar matanya yang kelihatan begitu sayu. Tak tahu apa yang difikirkannya dan tak dapat hendak aku gambarkan apakah yang tersirat di dalam benak hatinya. Usia sekecilnya tidak memungkinkan YAYA untuk mengetahui bagaimanakah untuk meluahkan segala kedukaan, kesedihan dan kerinduan yang sedang ditanggungnya pada waktu ini. Usia sekecilnya juga tidak memungkinkan YAYA untuk mengetahui tentang AJAL yang datang pada saat dan waktu yang telah ditetapkan untuk setiap insan.

"Ya ALlah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkau berilah kesembuhan kepada YAYA, Kurniakanlah kesihatan untuknya. Limpahkanlah Rahmat dan Kasih SayangMu kepada Keluarga YAYA dan keluarganya. Lenyapkanlah kesedihan di hati YAYA sekeluarga, kembalikanlah kebahagiaan kepada anak kecil ini. Hilangkanlah kerinduan yang ditanggungnya agar dia dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa dan menjadi anak yang Solehah. Hanya padaMu tempat aku memohon dan meminta pertolongan. Semoga Engkau kabulkan doa-doaku Ya Allah." Amin Ya Rabbil A'lamin.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d