Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Berakhirnya Kisah Kehidupan Puteriku di Asrama Sek Men Keb Agama Yan

SELAMAT TINGGAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, KEDAH DAN SELAMAT DATANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM, SUNGAI PETANI, KEDAH. 20 Februari 2011, adalah merupakan hari terakhir puteri kesayanganku dengan rasminya tidak lagi menjadi warga Sek Men Keb Agama Yan. Semua ini berlaku bukan atas kehendak dirinya. Malah sebagai seorang ibu hatiku pedih bagaikan di tusuk sembilu mengenangkan betapa aku terpaksa meragut kegembiraannya di saat dia sudah mula menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di ASRAMA. Puteriku ini baru saja mula merasa gembira hidup dengan rakan-rakannya dan tanpa keluarga di sisinya. Aku amat gembira apabila dia tidak lagi menangis setap kali menelefon aku dari Asrama. Tetapi yang namanya TAKDIR hanya Allah saja yang mengetahuinya, apalah dayaku, kerana semua ini berlaku bukan atas kehendak dan kerelaan aku juga. Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar segala kesedihan di hatinya akan lenyap di telan masa dan pengalaman pahit yang kami sekeluarga lalu

Quality Time With My Loves One

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana perancangan untuk membawa anak-anak bercuti baru-baru ini telah dipermudahkan olehNya. Semoga dimurahkan rezeki kami untuk merancang lebih banyak percutian bersama di masa akan datang. Telah lama juga aku dan keluarga tidak berkesempatan untuk bercuti, lebih-lebih lagi semenjak kami kehilangan seorang jiran yang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Al-Fatihah untuk Allahyarham Abang Hazad. Semoga rohnya sentiasa diCUCURI Rahmat dan di tempatkan bersama para Solihin Puteri bongsu pulang bercuti sempenan Tahun Baru Cina, jadi kesempatan cuti yang agak panjang itulah aku dan suami telah membawa kedua-dua permata hati kami untuk bercuti di Penang, Taiping, Cameron Highlands dan Penang. Huuuh terasa fresh saja selepas bercuti.....walaupun agak penat tapi kami semua sungguh gembira..... Yang paling gembira tentulah anak-anak, lagipun puteri bongsu aku bercuti panjang dari Asrama jadi sudah sewajarnyalah aku dan suami cuba