SELAMAT TINGGAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, KEDAH DAN SELAMAT DATANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM, SUNGAI PETANI, KEDAH.
20 Februari 2011, adalah merupakan hari terakhir puteri kesayanganku dengan rasminya tidak lagi menjadi warga Sek Men Keb Agama Yan. Semua ini berlaku bukan atas kehendak dirinya. Malah sebagai seorang ibu hatiku pedih bagaikan di tusuk sembilu mengenangkan betapa aku terpaksa meragut kegembiraannya di saat dia sudah mula menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di ASRAMA. Puteriku ini baru saja mula merasa gembira hidup dengan rakan-rakannya dan tanpa keluarga di sisinya. Aku amat gembira apabila dia tidak lagi menangis setap kali menelefon aku dari Asrama. Tetapi yang namanya TAKDIR hanya Allah saja yang mengetahuinya, apalah dayaku, kerana semua ini berlaku bukan atas kehendak dan kerelaan aku juga. Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar segala kesedihan di hatinya akan lenyap di telan masa dan pengalaman pahit yang kami sekeluarga lalui tidak akan di lalui oleh sahabat-sahabatnya yang lain yang masih tinggal di Asrama, Ameen.
Pada permulaannya puteriku ini menangis hampir setiap hari tatkala menghubungi aku melalui telefon dan setiap kali itu juga aku juga turut menangis dan aku cuma berkata, yang semua ini adalah demi masa depannya yang gemilang dan kami sama-sama terpaksa mengorbankan perasaan masing-masing. Tetapi bila keadaan sudah berubah sekali lagi ujian menimpa dan atas nasihat rakan-rakan dan juga semua mereka yang rapat demi aku. Maka aku telah mengambil keputusan yang drastik dengan menukarkan sekolah beliau, dan penukaran ini di buat tanpa kerelaannya langsung.
Setiap kali bila tersentuh topik Sek Men Keb Agama Yan, maka pasti airmatanya mengalir dan sebagai seorang ibu, pastilah aku amat merasai akan kesedihan yang terpaksa ditanggungnya. Sebagai ibu, aku amat kecewa kerana terpaksa meragut kebahagiaan satu-satunya puteriku dan di waktu yang sama aku pula tidak mampu untuk meringankan kesedihan yang di tanggungnya. Aku hanya dapat berdoa agar semua kekecewaan ini adalah untuk sementara waktu sahaja dan semoga tiba harinya, dia akan menemui kegembiraan di sekolah barunya nanti. Ameen.
Mungkin bukan rezeki puteriku di SMKAYAN tetapi aku yakin dan aku berdoa agar dia akan lebih cemerlang di sekolah barunya. Insyaalah.
"Maafkan Ummi, tidak pernah terniat langsung di hati Ummi untuk memisahkan adik daripada kawan-kawan yang adik sayangi itu tetapi Ummi tidak sanggup mempertaruhkan keselamatan adik dan melepaskan adik di bawah jagaan SEORANG WARDEN YANG SOMBONG, BONGKAK DAN BIADAP seandainya adik masih terus bersekolah di situ. Ummi memang tak dapat memaafkan setiap apa yang telah dia lakukan sehingga menyebabkan Ummi terpaksa menukarkan sekolah adik dan Ummi tak mudah untuk memaafkan dia kerana telah mengakibatkan kesedihan yang adik alami.
Percayalah pada Ummi, semua yang Ummi lakukan ini adalah kerana Ummi sangat-sangat sayangkan adik, Ummi yakin adik akan temui kawan-kawan baru di sekolah yang baru."
apa warden tu buat?
ReplyDeleteWell.. everyone is not perfect.
ReplyDelete