Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

La Tahzan - Jangan Bersedih

La Tahzan - Jangan Bersedih. Itulah tajuk buku yang sangat aku gemari tapi entah kenapa semenjak dua tiga hari ini aku merasa sangat sedih dan aku sendiri tak tahu kenapa. Terasa sunyi, terasa kosong dan hambar. Aku tak tahu bagaimana untuk mengambarkannya dengan kata-kata dan aku juga tak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya dengan perkataan, apa yang aku tahu ialah aku sangat sedih. Ya Allah, Ampunilah Aku, Rahmatilah Daku, Kayakan Daku, Angkatlah Darjatku, Rezekikan Daku, Berilah Aku Hidayah, Sihatkanlah Aku dan Maafkanlah Aku. Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan tenangkanlah hati ini. Ameen

22 Syawal 1432

Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita, hari ini 22 Syawal 1432H bererti hanya seminggu sahaja lagi syawal hampir melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita. Namun setiap hari di sana-sini kita masih lagi menerima jemputan untuk open-house yang ada ketikanya tak sempat untuk dipenuhi dek sibuk dengan rutin harian yang tidak mengizinkan. Betapa bersyukurnya kita di bumi bertuah ini yang begitu mewah dengan makanan dan kita masih lagi berkesempatan untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri dengan begitu meriah sekali, jika di bandingkan dengan negara-negara lain yang semakin meruncing dengan kemelut politik, keganasan dan juga kekurangan makanan. Subhanallah aku bersyukur kepadamu Ya Allah. Semoga Syawal kali ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan-kenangan yang indah yang akan kekal di lipatan sejarah hidup kita untuk selama-lamanya. Ini adalah kali pertama aku dan suami menyambut kedatangan Aidil Fitri tanpa insan tersayang di sisi iaitu Almarhum Haji Abd Rani. I re