Skip to main content

22 Syawal 1432





Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita, hari ini 22 Syawal 1432H bererti hanya seminggu sahaja lagi syawal hampir melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita.

Namun setiap hari di sana-sini kita masih lagi menerima jemputan untuk open-house yang ada ketikanya tak sempat untuk dipenuhi dek sibuk dengan rutin harian yang tidak mengizinkan. Betapa bersyukurnya kita di bumi bertuah ini yang begitu mewah dengan makanan dan kita masih lagi berkesempatan untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri dengan begitu meriah sekali, jika di bandingkan dengan negara-negara lain yang semakin meruncing dengan kemelut politik, keganasan dan juga kekurangan makanan. Subhanallah aku bersyukur kepadamu Ya Allah.

Semoga Syawal kali ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan-kenangan yang indah yang akan kekal di lipatan sejarah hidup kita untuk selama-lamanya. Ini adalah kali pertama aku dan suami menyambut kedatangan Aidil Fitri tanpa insan tersayang di sisi iaitu Almarhum Haji Abd Rani. I really miss you Abah. Kami menyambut dengan persiapan yang ala kadar saja malah tak adapun baju sedondon dipakai, kerana Arwah Abah meninggalkan kami dua minggu sebelum kedatangan Ramadhan yang mulia, jadi bagi kami kehilangan Abah amatlah terasa.

Kesempatan ini aku mengucapkan "Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Bathin"

Semoga hidup kita sentiasa di rahmati dan di redhai oleh Allah swt

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...