Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

MSSK 2012 @ Kulim Golf Resort

Alhamdulillah selesai sudah cabaran yang sangat-sangat dinantikan oleh sang putera kesayangan iaitu Kejohanan GOLF MSSK 2012 pada 15 dan 16 Februari 2012 di Kulim Golf Resort. Aku dan suami walaupun meletakkan sasaran yang agak tinggi terhadap sang putera namun ianya tidak disampaikan secara terus memandangkan kami tidak mahu dia merasa stress. Di hati aku yakin Sang Putera pasti akan menjuarai kategori bawah 18 tahun dan Alhamdulillah, betapa besarnya Rahmat Allah s.w.t, hasrat ini dikabulkan sesuai dengan permintaan kami suami-isteri. TAHNIAH untuk MUHAMMAD IRFAN HARRAZ BIN RAZANAN kerana telah bermain dengan baik pada kedua-dua hari tersebut dengan score yang sangat baik juga iaitu 75 pada hari pertama dan 74 pada hari kedua. Di saat sang putera memberikan ucapan, hatiku agak tersentuh kerana di saat kejayaan sang putera masih ingat akan jasa dan pengorbanan kami sebagai ayah dan ibunya terhadap semua kejayaannya semenjak menceburi permainan GOLF secara serious. Alhamdulil

AKU BERSUMPAH, AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

ALHAMDULILLAH !!!!!!!!!! syukur kerana akhirnya Allah swt telah mempermudah bagi diriku untuk menghadiri satu seminar yang betul-betul telah membuka minda aku. Aku percaya dengan ilmu, semangat dan keyakinan diri yang baru ini aku berhak menjadi Kaya dan Berjaya bagi menambah nilai untuk kehidupan orang lain. Semua ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan selama tiga hari itu sungguh bermakna buat diri aku, malah aku dapat merasakan betapa ikhlasanya dan betapa bersungguhnya DAO untuk melihat lebih ramai jutawan tumbuh di bumi bertuah ini. Tak mungkin ada seseorang multi-milionaire yang mungkin sanggup bersusah-payah seperti beliau untuk menaik-tarafkan kehidupan orang lain, tapi Alhamdulilla prinsip beliau "The more you give and the more you get" telah berjaya meletakkan diri DAO di tempat yang selayaknya untuk beliau. Selain itu DAO juga menekankan kepada semua peserta untuk kaya dan berjaya adalah penting untuk kita menjaga perhubungan, bukan setakat perhubungan di ant