Skip to main content

MSSK 2012 @ Kulim Golf Resort

Alhamdulillah selesai sudah cabaran yang sangat-sangat dinantikan oleh sang putera kesayangan iaitu Kejohanan GOLF MSSK 2012 pada 15 dan 16 Februari 2012 di Kulim Golf Resort. Aku dan suami walaupun meletakkan sasaran yang agak tinggi terhadap sang putera namun ianya tidak disampaikan secara terus memandangkan kami tidak mahu dia merasa stress. Di hati aku yakin Sang Putera pasti akan menjuarai kategori bawah 18 tahun dan Alhamdulillah, betapa besarnya Rahmat Allah s.w.t, hasrat ini dikabulkan sesuai dengan permintaan kami suami-isteri. TAHNIAH untuk MUHAMMAD IRFAN HARRAZ BIN RAZANAN kerana telah bermain dengan baik pada kedua-dua hari tersebut dengan score yang sangat baik juga iaitu 75 pada hari pertama dan 74 pada hari kedua. Di saat sang putera memberikan ucapan, hatiku agak tersentuh kerana di saat kejayaan sang putera masih ingat akan jasa dan pengorbanan kami sebagai ayah dan ibunya terhadap semua kejayaannya semenjak menceburi permainan GOLF secara serious. Alhamdulillah ini adalah merupakan kali ketiga sang putera mewakili Negeri Kedah dalam Kejohanan GOLF MSSM. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk kejayaan yang akan mendatang. Amin. Tahniah, Abang bukan saja Champion untuk MSSK 2012 tapi sentiasa menjadi CHAMPION di hati ABAH, UMMI dan ADIK. Semoga akan mengapai kejayaan demi kejayaan di masa akan datang dan muncul sebagai Tiger Wood versi Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...