Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Motivasi - Syukuri Nikmat Allah

Thought = [Pemikiran] > menghasilkan perasaan Feeling = [Perasaan] > menghasilkan tindakan Action = [Tindakan] > menghasilkan hasil @ kesan Thought   ] Feeling    ]   =   RESULT Action     ]   ===== Allah darinya semua kasih-sayang, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta dan kebaikan Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah lah datangnya. Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah.  Kemudian apabila kami di timpa kesusahan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan. (An-Nahl 16:53) Syuku..Syukur...Syukur Ya Syukur itu sangat indah kemanisannya, maka bersyukurlah ===== MASALAH =  MASA ALLAH # Allah nak kita beri masa pada Dia # Allah nak kita kembali fokus pada Dia # Allah rindu nak dengar kita bangun Tahajud dan merintih pada Dia ===== Kita layak untuk hidup dengan tenang Bila kita tenang dan damai Cara kita memandang sesuatu masalah itu berbeza

Motivasi Kehidupan

Sesuatu yang dipelajari hasil dari bacaan web-walking. Secara ringkasnya # Seandainya kita ingin memulakan sesuatu, maka bermulalah dengan "WHY" yang jelas. # Segala kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan kejayaan dunia dan akhirat adalah terletak kepada hati atau kolam jiwa.  Kolam jiwa ini umpama MAGNET.  Jadi jagalah KOLAM JIWA kita. # Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanafaat kepada orang lain, # Allah berikan kita dua telinga dan 1 mulut kerana Allah mahu kita lebih banyak mendegar dari berkata-kata.  Namun apakah kita telah menggunakan telinga itu untuk mendegar suara, rintihan atau kehendak orang-orang yang kita sayang? Dengarkah kita di saat mereka ingin berkata sesuatu kepada kita.  Seringkali kita sibuk dengan dunia kita, hal-hal kita ataupun tugasan-tugasan kita dan acap kali juga kita menganggap remeh dan tidak memberi perhatian kepada suara-suara dan rintihan mereka itu kerana kita mendengar namun kita tidak menikmati. #MASALAH hanyalah ibarat

Zikir Asmaulhusna

Ya Allah Ya Sami (Yang Maha Mendengar) Allah sentiasa mendengan rintihan kita walaupun kita hanya berbisik di dalam hati ** mulakan dengan menyeru "Ya Allah Ya Sami" Ya Allah Ya Basir (Yang Maha Melihat) Ya Allah Ya Basit (Yang Mana Melapangkan) Ya Haiyyu Ya Qayyum Dengan rahmatMu, daku memohon pertolongan, Baikilah seluruh urusanku dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Ya Nur Ya Hadi Ya Haq Ya Allah pancarkanlah cahaya petunjukmu ke dalam hatiku Kurniakanlah aku ketenangan dan ilhamkan aku jalan penyelesaian

Dimanakah Letaknya Hati Yang Bahagia

Hasil tulisan : rozaina ibrahim Foto : hasil carian google   Kita mencari di mana-mana dan kemana-mana untuk mendapatkan sekeping hati yang tenang, namun kita tidak pernah terlintas bahawa memiliki sekeping hati yang tenang itu adalah dari dalam diri kita sendiri,  Bila tenang dalaman kita maka tenang jugalah luaran kita. Kita mengejar kejayaan...mengejar kebahagiaan di serata tempat namun kejayaan dan kebahagiaan yang hadir itu hanyalah bersifat sementara.  Kita mengejar kebahagiaan dunia seperti wang, harta dan pangkat namun setelah ianya di perolehi apakah Bahagia itu datang?  apakah Bahagia itu dapat kita kecapi?  Tetap tidak kan...  Akhirnya kita merasa penat kerana terus mencari dan mencari Bahagia. Bahagia bukanlah  bukanlah dengan sentiasa mendapat kejayaan, kelihatan hebat  tetapi kebahagian sebenarnya ialah sentiasa menyedari nikmat dan mensyukuri apa yang ada dan kita miliki di saat ini. Dan ketika saya fokus pada hal-hal yang ada yang saya boleh syukuri