Skip to main content

Dimanakah Letaknya Hati Yang Bahagia

Hasil tulisan : rozaina ibrahim
Foto : hasil carian google



 

Kita mencari di mana-mana dan kemana-mana untuk mendapatkan sekeping hati yang tenang, namun kita tidak pernah terlintas bahawa memiliki sekeping hati yang tenang itu adalah dari dalam diri kita sendiri,  Bila tenang dalaman kita maka tenang jugalah luaran kita.

Kita mengejar kejayaan...mengejar kebahagiaan di serata tempat namun kejayaan dan kebahagiaan yang hadir itu hanyalah bersifat sementara.  Kita mengejar kebahagiaan dunia seperti wang, harta dan pangkat namun setelah ianya di perolehi apakah Bahagia itu datang?  apakah Bahagia itu dapat kita kecapi?  Tetap tidak kan...  Akhirnya kita merasa penat kerana terus mencari dan mencari Bahagia.

Bahagia bukanlah  bukanlah dengan sentiasa mendapat kejayaan, kelihatan hebat  tetapi kebahagian sebenarnya ialah sentiasa menyedari nikmat dan mensyukuri apa yang ada dan kita miliki di saat ini.

Dan ketika saya fokus pada hal-hal yang ada yang saya boleh syukuri di saat ini, ketika itulah kebahagiaan hadir walau dengan hal-hal yang kecil.

Syukuri hal-hal kecil seperti 
  Senyuman dari pasangan kita 
  Ucapan sayang dari pasangan kita
  Gelak tawa anak-anak
  Senyuman dari seorang ibu

Pasti membuat diri kita merasa bahagia.  

Terima Kasih Ya Allah.. kini ada mula menyedari bahawa sesungguhnya kebahagiaan itu bukanlah hadir  di masa depan atau ketika aku ingin menjadi orang lain tetapi kebahgiaan itu adalah  ketika aku mensyukuri setiap hal-hal yang ada di saat ini.
  

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...