Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Dear Diary - Jurnal 002/2015

Jurnal 002/2015 Banyak yang telah aku pelajari sejak join Program Kenali Diri anjuran Coach Azean dan banyak catatan telah di buat dan terasa rugi sangat kalau segala ilmu yang telah dipelajari itu aku sia-siakan. Maka aku mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang telah aku pelajari itu di dalam Blog ini di bawah label 'Dear Diary - Ana' InsyaAllah akak berkongsi dari hari ke hari nota-nota yang telah aku catat sejak setahun yang lalu agar menjadi perkongsian bersama dan semoga dapat memberi manafaat kepada orang lain juga.

MASALAH = MASA ALLAH (Jurnal - 001/2015)

Allah nak kita bagi masa pada Dia Allah nak kita kembali pada fokus pada dia Allah rindu nak dengar kita bangun tahajud dan merintih pada dia Apabila hati kita tenang dan damai, cara kita pandang masalah juga berbeza. Anggaplah masalah itu sebagai iklan di dalam hidup kita, ia datang dan pergi Kita layak untuk hidup tenang dan bahagia Apalah sangat cabaran yang Allah bagi Jika hendak kita bandingkan dengan nikmat yang Allah dah beri kepada kita sejak kita di dalam perut ibu lagi. Terlalu banyak yang Allah dah beri dan telah kita nikmati dan rasai setiap hari Tapi pernahkah kita menghitung segala nikmat itu atau kita hanya menghitung segala ujian dari Allah sahaja. Mata kita merakam setiap peristiwa yang terjadi di sekeliling kita atau apa saja yang kita lihat Hati kita sentiasa mentafsir setiap yang terlintas menurut pandangan atau perspektif kita Fikiran kita pula sentiasa berfikir baik, buruk, elok, cantik sesuai atau tidak semuanya juga menurut perspektif  kita sendiri